Home LAIN-LAIN Yanardag Api Semulajadi Yang Tidak Pernah Padam

Yanardag Api Semulajadi Yang Tidak Pernah Padam

762

Sehingga kini belum dapat dipastikan misteri di sebalik kejadian api yang berlaku di kawasan pergunungan di Azerbaijan.

Terletak di lokasi yang diberi nama Yanardag bermaksud gunung terbakar kawasan itu sentiasa menyala dengan api tetapi tidak merebak.

Walau bagaimanapun, dikhabarkan api yang terhasil dipergunungan tersebut mampu melonjak sehingga 3 meter.

Malahan difahamkan kepanasan api itu mampu menjadi bahan bakar untuk jet pejuang. Whoa!!! Mesti panaskan…

Lucunya, penemuan lokasi tersebut bukan oleh pakar geologi atau kerajaan, sebaliknya kejadian aneh itu dijumpa pengembala kambing.

Sekitar tahun 1950-an ketika pengembala kambing melalui kawasan berkenaan, dia menemui lokasi gunung berapi itu.

Sejak penemuan itu kawasan pergunungan tersebut telah digazet sebagai kawasan pelancongan sekali gus dipelihara sebaiknya.

Berdiri sebagai khazanah negara, ternyata tiada kemalangan jiwa pernah dilaporkan di pergunungan tersebut.

Azerbajian merupakan sebuah republik tetapi kaya dengan pengaruh Turki.

Penggunaan bahasa juga bercampur-baur namun bahasa utama adalah bahasa Azerbaijani.

Sumber Oh My Media