Home MALAYSIA HOTEL & RESORT Wow Unik Betul Tempat Ini – The Roots Eco Resort

Wow Unik Betul Tempat Ini – The Roots Eco Resort

2309
0

Resort yang berpaksikan kombinasi alam semulajadi dan tradisional ini bakal menambahkan lagi minat anda untuk kembali bercuti. Berbanding dengan tempat lain, resort ini sangat menarik oleh kerana ideanya yang unik serta sangat menenangkan jiwa apabila datang ke sini.

Resort yang dimaksudkan itu adalah The Roots Eco Resort yang terletak di Jalan Chemor, Perak. Mungkin bagi orang Perak, resort ini sudah biasa kedengaran. Buat mereka yang belum menjejakkan kaki di Perak, anda boleh terus menempah penginapan di sini dan pasti anda tidak akan menyesal.

sumber: chefmel.blogspot

Resort ini menarik kerana anda bakal ditempatkan di rumah-rumah tradisional. Unik bukan? Jarang sekali kita menjumpai penginapan yang sebegini. Tambahan lagi ianya dibina dikelilingi dengan alam semulajadi. Bangun pagi tu mesti akan rasa lebih segar dan malam mesti lebih tenang berbanding tempat-tempat yang lain.

sumber: twitter afeezvanilla

Selain itu, tempat ini sesuai untuk mereka yang ingin datang dalam bentuk berkumpulan seperti mengadakan ‘family day’, ‘sport day’ dan pelbagai lagi aktiviti yang melibatkan ramai orang. Penginapan di sini mempunyai bilik yang boleh memuatkan ramai orang seakan ‘dorm’.

sumber: twitter afeezvanilla

Tidak lupa juga, di sini terdapat satu ‘swimming pool’ yang agak luas. Anda boleh lepak bersama rakan-rakan dan bermandi di sini sambil melayun aktiviti sukan di dalam air. Tapi suasana di sini sangat tenteram dan nyaman. Bagi saya sesuai untuk mereka yang ingin ‘release stress’ dan juga elak dari kesibukan bandar. Terdapat juga padang bola tampar pantai untuk kegunaan pengunjung yang datang ke sini.

sumber: tripadvisor.com

Jadi boleh lah ajak kawan ramai-ramai datang ke sini sebagai salah satu ‘reunion’ ke untuk kenang-kenangan pada masa hadapan. Anda boleh tahu lebih lanjut tentang tempat ini di facebook mereka The Roots Eco Resort.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here