
Welcome on board!! Bersedia untuk menjelajah ke angkasa lepas! Demikian tarikan terbaharu di taman tema keriangan Walt Disney World Orlanda di Florida.
Peminat siri filem Star Wars pasti lebih teruja mendengar berita ini kerana pembinaan Galactic Starcruiser Hotel itu merupakan inspirasi daripada kapal angkasa Halycon.
Walaupun belum mendedahkan spesifikasi lengkap kapal angkasa ini kepada umum, Walt Disney telah pun berkongsi beberapa sneak peek di lama web rasminya Walt Disney World.


Antara yang pasti mengujakan sudah tentu pengalaman bermalam di bilik hotel yang dibina sama seperti kabin di ruang angkasa.
Dikhabarkan sesiapa sahaja yang menginap di sini tidak akan terasa seperti berada di Florida.
Satu-satunya pemandangan dari luar kapal angkasa adalah bintang gemerlapan, kosmik dan planet.


Selain penginapan bak di ruang angkasa, tidak lengkap sekiranya ruang legar kapal tidak menyediakan kawasan rekreasi.
Menerusi Rise of the Resistance pelbagai permainan dan aktiviti seperti filem Star Wars di sediakan.
Malah difahamkan dari makanan hingga aktiviti sama seperti dalam filem Star Wars.


Pasti ramai tidak sabarkan? Taman tema hotel ini akan dibuka pada tahun 2021. Bagaimanapun ia bergantung kepada keadaan semasa pandemik Covid19.
Sumber: The Points Guy