Home MALAYSIA Ulu Legong Hot Spring Jadi Tarikan Pelancong di Baling, Kedah

Ulu Legong Hot Spring Jadi Tarikan Pelancong di Baling, Kedah

3111
0

Mandi atau berendam dalam kolam air panas ini dipercayai mempunyai pelbagai khasiat tersendiri.

Antaranya ialah kolam air panas dikatakan boleh merawat kulit serta menjadi terapi semula jadi yang baik untuk badan.

Selain itu, kolam air panas juga boleh menjadi tempat pelancongan dan riadah seisi keluarga bersama rakan taulan!

Jika anda berada di Kedah, jangan lupa kunjungi kolam air panas semula jadi Ulu Legong Hot Spring yang terletak di Baling.

Menariknya, kolam mandian air panas ini terbahagi kepada sembilan buah kolam dan ia berbeza dari segi tahap kepanasan.

Selain itu, pelbagai lagi aktiviti menarik yang lain boleh dilakukan seperti BBQ, beriadah di ‘gym outdoor’ yang disediakan atau berehat-rehat santai di kawasan kolam.

Istimewanya di sini, Ulu Legong Hot Spring turut menyediakan chalet bagi para pengunjung yang mahu menginap dan menghabiskan masa bercuti.

Apa tunggu lagi, jom ke Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong, Baling, Kedah!

Sumber & kredit foto: Kedah Tourism

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here