Home OCEANIA AUSTRALIA Ubahsuai Bas Kepada Kediaman, Pasangan Kekasih Kotakan Impian Kembara di Australia

Ubahsuai Bas Kepada Kediaman, Pasangan Kekasih Kotakan Impian Kembara di Australia

3341
0

Pasangan kekasih di Perth, Australia membeli sebuah bas sekolah pada harga RM60,000 (AUD20,000) kemudian mengubah suai kenderaan tersebut kepada rumah bergerak.

Harry Shaw dan Hannah Repton telah lama mengimpikan pengalaman menjelalah ke seluruh Australia menggunakan laluan darat dengan kemudahan kediaman bergerak.

Proses pengubahsuaian yang memakan masa selama dua tahun sejak 2018, ternyata berbaloi kerana kini mereka bukan sahaja telah memiliki sebuah “kediaman” malah sedang menikmati lokasi tumpuan di Australia.

Bas yang dahulunya memuatkan seramai 44 penumpang itu dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu ruang utama dan penumpang, dapur dan bilik peribadi.

Pasangan itu telah mengubah suai sendiri setiap inci kemudahan dalam bas tersebut termasuk membina ruang dapur, bilik air dan bilik.

Menggunakan gabungan tenaga solar dan enjin, bas berkenaan turut dilengkapi dengan sistem hawa dingin.

Bilik utama pasangan berkenaan menempatkan katil saiz queen, malah mereka turut membina bilik tetamu yang ditempatkan berdekatan kawasan pemandu.

Bilik air bas ini turut dilengkapi dengan sistem air panas dan sejuk. Kemudahan dapur juga lengkap dan boleh digunakan untuk memasak.

Berdasarkan Instagram rasmi mereka, pasangan itu telah pun memulakan pengembaraan sehingga ke Darwin dalam perjalanan ke Adelaide.

Anda boleh lihat sendiri pengembaraan pasangan ini di bumi kangaru di Instagram mereka herandharry.


LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here