Home Tips Memilih homestay sebagai penginapan percutian keluarga

Tips Memilih homestay sebagai penginapan percutian keluarga

Dari depan homestay kami di kg yooi pulau langkawi kami melihat gunung mat chincang yg tersohor dgn skycab tertinggi di asia.

Di Malaysia, Sudah menjadi trend family trip bercuti dengan menginap di homestay. Kalau kita cari di internet ,ramai pengusaha homestay akan memberi gambaran sehabis baik tetapi ada sebahagian dari pengusaha homestay tidak memaklumkan tentang masalah yg ada jika kita menginap di unit2 mereka. Bilamana kita tiba, mula lah muka kita pun tak senyum sebab baru tahu masalah yg kita hadapi setelah pembayaran homestay di buat.

Homestay yg berhampiran dengan habitat hidupan liar juga kadangkala mengundang bahaya dan masalah

Ada beberapa tips yg saya nak kongsikan dengan anda, penginap homestay semasa membuat tempahan homestay.

Ada 2 punca utama mendapat maklumat berkenaan homestay yg kita cari. Samada dari internet termasuk media sosial fb, instagram dan sebagainya atau pun dari group whatapps kawan kawan.

Pertama , pilih lokasi homestay yg tepat. Berdekatan dengan aktivity yg kita nak lakukan semasa bercuti. Pastikan tak menyusahkan kita nak kluar ke pantai atau sungai atau ke pekan untuk mendapatkan barang keperluan dan makanan.

Tengok lokasi dari google map. Apakah tempat itu sesuai dan menarik utk kita bercuti. Bagaimana persekitaran nya? Bagaimana Suasana pada waktu siang dan malam? Boleh juga bertanya terus kepada pengusaha homestay berkenaan tentang apa yg ada di sekitar ‘walking distance’ homestay tersebut. Bole juga review dari komen komen penginap yg sebelum ini jika mendapat makumat homestay dari facebook atau website.

Untung nya kalau betul2 pilih dengan lokasi sesuai dan harga yang berpatutan

Kedua, pastikan fasiliti dan keperluan kita dan keluarga mencukupi di dalam unit2 homestay.

Jumlah bilik, penghawa dingin yg masih berfungsi , jumlah tandas, tandas duduk atau tandas cangkung.( ada orang yg dapat homestay tandas cangkung tetapi terpaksa cari pam minyak bila ‘nature calls ‘) sebab terlupa nak ambil tahu dan tak mampoo mencangkung. Ketahui juga Sifat bilik mandi samada ada shower dan alat pemanas air atau kolah tadahan.

Pastikan juga Sifat dan fasaliti dapur. Samada ,ada rice cooker, Gas stove , waterfilter mahine ,dan pingan mangkuk yg bole digunakan utk memasak dan makan keuarga. Ada keluarga yg sangat menitik beratkan kebersihan pingan mangkuk dari segi penggunaan lain lain penginap non muslim dengan makanan tidak halal. Ada pengusaha yg mengasingkan set2 peralatan dapur tersebut mengikut kehendak pelanggan.

Semak juga perabut Ruang tamu, ada tv dan channel hiburan seperti astro dan set sofa dalam keadaan baik.

Jumlah bantal yg bersih dan mencukupi dalam bilik tidur serta selimut yg bersih.

Alatan tambahan seperti seterika,mesin basuh , peti sejuk, meja makan , toto dan selimut extra dan juga alatan elektrik yang masih berfungsi

Faktor ini sangat mustahak kerana jika anda hanya melihat pada gambar yang diiklankan, kemungkinan anda tidak mendapat seperti apa yg anda inginkan. Tetapi membayar dengan harga yg sama.

Ketiga, pastikan pengusaha homestay senang di hubungi semasa menginap. Terutama jika kecemasan di waktu malam. Dan jika ada masalah dengan alatan yg di bekalkan terutama nya jika ada masalah tandas tersumbat . Ada kawasan2 homestay yg jauh di hujung kampung sehingakan tiada line telefon dan akses internet untuk berhubung, nak hubungi pengusaha homestay pun menjadi satu masalah.

Keempat , ada homestay yg tidak bole di akses terus dengan kereta sehingga depan pintu rumah. Anda kena berjalan kaki beberapa puluh meter untuk masuk ke unit homestay. Ini penting jika anda ada membawa org tua atau orang cacat yg tidak boleh berjalan jauh. Homestay di kawasan bukit biasanya ada masalah seperti ini malah tiada parking kereta pun di tempat yg selamat.

Kelima, setelah anda mengambil kira kesemua tips diatas dan berpuashati, barulah bertindak menempah unit homestay tersebut. Kebiasaan nya saya suka membayar ‘upon arrival’. Kerana masih lagi boleh membatalkan tempahan jika apa yg dijanjikan tidak menepati seperti apa yg kita lihat pada hari kita sampai. Atau, membayar sebahagian deposit melalui akaun pengusaha homestay tersebut dan membayar baki nya semasa tiba pada tarikh percutian kita.

Ooopps! Sila pastikan homestay anda tidak berkongsi ruang tamu dan tandas dengan penginap lain.

Saya pernah mendengar cerita sebiji banglow 6 bilik yg di kongsi dua keluarga yg berlainan. Sangat tak happening bila terjadi percutian begini.

Jadi, hanya anda yg bole tentukan apa yg anda mahu dan apa yg anda tak mahu untuk memastikan percutian dan penginapan berkonsepkan rumah sendiri di tempat orang.

Selamat bercuti di homestay. !!!