Home LAIN-LAIN Tip Untuk Solo Traveller Wanita Mengembara Bersendirian..

Tip Untuk Solo Traveller Wanita Mengembara Bersendirian..

468

Pengembara solo atau solo traveller juga menjadi pilihan dalam kalangan mereka yang kaki travel. Mungkin kepuasan yang dicari lebih nikmat dengan membara seorang diri.

Mungkin bagi lelaki tidak mempunyai masalah untuk travel bersendirian terutama aspek keselamatan. Para traveller wanita pula perlu lebih berjaga-jaga ketika travel seorang diri.

Berikut beberapa tip yang boleh anda ikut terutama dalam kalangan wanita untuk mengembara secara bersendirian:

1) Penginapan

Oleh kerana anda travel bersendirian tidak perlu menyewa di apartment atau ruang bilik yang terlalu luas. Cukup sekadar bilik penginapan itu selesa untuk anda. Paling penting lokasi yang tidak terlalu jauh dari kemudahan asas seperti klinik, farmasi dan kedai 24 jam.

2) Ringan mulut

Ada kala tatkala mengembara sendiri berkemungkinan anda berasa malu untuk bertegur sapa. Buang perasaan ini dan bertegur sapalah. Lebih mudah untuk anda mendapatkan info berkaitan lokasi menarik setempat atau mungkin mendapat rakan traveller di negera orang.

3) Pastikan kelengkapan peribadi mencukupi

Jangan bawa satu almari ketika anda travel solo. Bawa barang kelengkapan penting wanita terutama pad, pil seperti period pain dan sebagainya. Kelengkapan seperti pencuci muka dan krim, asingkan ke bekas lebih kecil.

4) Kenal pasti alasan anda untuk travel solo

Sebelum meneruskan kembara seorang diri, fikirkan sejenak mengapa anda perlu travel seorang diri. Adakah ia memberikan anda kepuasan ataupun tidak. Jika ya, maka pergilah nikmati percutian anda.

5) Lokasi percutian

Paling penting untuk memilih lokasi percutian bukan sahaja bucket list anda malah beberapa isu keselamatan lain perlu diambil kira. Faktor keselamatan amat penting. Selain itu rancang perjalanan sebaiknya dari turun di lapangan terbang sehinggalah tamat percutian anda.