Home ASIA IRAN Tip Dan Info Penting Anda Perlu Tahu Tentang Visa Travel ke Iran

Tip Dan Info Penting Anda Perlu Tahu Tentang Visa Travel ke Iran

1646
0

Tip Dan Info Penting Anda Perlu Tahu Tentang Visa Travel ke Iran. Kepada kaki-kaki jalan yang ingin travel ke Iran, kebenaran untuk memasuki negara Iran tanpa visa bukan sahaja terhad kat airport Tehran sahaja. Ini adalah info yg tak diketahui ramai.

Info ini adalah berharga utk geng-geng yang ingin melanjutkan trip dan merantau ke negara-negara berhampiran menggunakan jalan darat. Tahun lepas, aku masuk Iran dari Armenia guna jalan darat. Resah aku bila tertanya embassy Iran di KL diorang advise kena dapatkan visa jika nak masuk jalan darat. Masa tu aku pun dah ada kat Armenia.

Aku terjumpa satu website dipanggil caravanistan.com di mana ada travellers lain berkongsikan pengalaman diorang merantau di Central Asia. Pendek kata, aku terdapat no. telefon seorang pegawai sempadan yang station kat Tabriz. Aku call dia guna WhatsApp dan dia confirm orang Malaysia tak perlukan visa walaupun masuk ke Iran guna jalan darat.

Oleh sebab tak banyak travellers dari Malaysia yang guna jalan ni, aku saja nak sharekan supaya mereka yang nak ke Azerbaijan, Armenia, Gerogia dan Turki dari/ke Iran ada choice jika tak nak terbang.

Oh btw, visa Armenia dan Azerbaijan tu senang nak dapat, cuma apply online saje, bayar US$20 utk 30 hari. Georgia tak kenakan visa kpd org Msia so boleh ulang-alik masuk keluar gunakan train. Tip: baik masuk Azerbaijan dulu before Armenia sbb dua2 negara ni technically sedang berperang dan pegawai2 sempadan Azerbaijan akan menyekat jika ada chop Armenia dlm passport dan bukan sebaliknya.

Satu lagi pengalaman nak share ialah bila aku masuk Azerbaijan, passport kitorang akan mengalami masalah sbb ia tak mengkategorikan nama mengikut first/last name. Aku tersekat kat immigration selama 30 minit. Kesian fren German aku yg terpaksa tunggu aku keluar dan bersama2 miss bus kami ke final destination.

Harap2 info ni dapat membantu geng2 yg merancang utk travel ke Iran dan Caucasus. Sekian.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here