
Apabila membayangkan Kelantan delight dua juadah legend dari negeri itu sering berkisar mengenai kuih akok dan nasi kerabu.
Bukan menidakkan kesedapan kuih akok dan keenakan nasi kerabu, sebaliknya Triphackerz mahu memperkenalkan anda kepada kafe hipster di Kelantan.
Terletak di Kampung Cherang dalam Kota Bharu, Kelantan wujud sebuah kafe yang serba moden dan up to date.
The Bold Lab merupakan lokasi terbaik buat enthusiast kopi terutamanya meluangkan masa santai anda di sini.


Kafe berkenaan mengetengahkan konsep gastranomi barat, salad, termasuk kepelbagaian pastri yang pantas membuatkan anda terliur.
Pelbagai hidangan pastri yang disediakan di sini daripada kek, roti sehingga manisan. Paling utama, setiap resipi diadun dan freshly made di kafe berkenaan.
Beralih ke hidangan barat, sudah tentu hidangan wajib berasaskan pasta dan spageti dapat dinikmati di kafe ini. Begitu juga hidangan ala-ala bakar seperti ayam bakar, salmon dan fish chip.


Untuk pelanggan yang tidak menggemari hidangan berat, jangan khuatir, The Bold Lab menyediakan pelbagai pilihan salad untuk anda nikmati.
Akan tetapi, rutin makanan lazim rakyat Kelantan tidak dilupakan. Terdapat juga hidangan lokal seperti nasi ulam dan nasi lemak.
Selain daripada itu, pencinta kopi wajib mencuba adunan rasa barista di The Bold Lab.


Setiap kopi yang digunakan di sini dipilih daripada biji kopi berkualiti. Kemudian proses mengisar kopi dilakukan secara manual dengan teliti.
Biji kopi baharu juga digunakan setiap hari. Bukan sahaja itu, demi menjaga kualiti rasa, aroma dan nikmat kopi berkenaan, barista mengikut SOP termasuk tidak terlalu lama mengisar biji kopi tersebut.
Berdasarkan tinjauan, harga yang ditawarkan di sini bermula antara RM6++ hingga RM20++ setiap hidangan.

Sumber Facebook theboldlab
[…] Bold Lab mengetengahkan konsep gastranomi barat, salad, termasuk kepelbagaian pastri yang pantas membuatkan anda terliur. Pelbagai hidangan pastri […]