Home LAIN-LAIN Thailand Anjur Pesta Kanabis Sulung di Buriram Thailand

Thailand Anjur Pesta Kanabis Sulung di Buriram Thailand

351

Sebuah daerah di Thailand iaitu Buriram seakan berpesta kanabis atau ganja dalam satu pameran mengubah stigma umum mengenai ganja.

Selama ini ganja yang sering dikaitkan dengan bahan terlarang, melalaikan dan berkaitrapat dengan penyalahgunaan dadah berubah dalam pameran ini.

Pameran yang berlangsung Ahad lalu itu menyaksikan pelbagai produk berasaskan ganja dipamerkan selain peluang menikmati sendiri ganja.

Ya….dalam pameran tersebut menyediakan kemudahan menikmati ganja namun bukan secara langsung sebaliknya ganja yang telah diekstrak atau diadun menjadi produk hiliran.

Antara yang mendapat perhatian pengunjung sudah tentu ais krim yang diperbuat daripada ekstrak daun ganji secara 100 diadun dalam ais krim berkenaan.

Daripada segi warna ais krim berkenaan, ia mengekalkan warna hijau..manakala rasa pulau seakan-akan menikmati ais krim berperisa teh hijau tetapi rasanya tidak terlalu kuat.

Selain dalam makanan, ekstrak ganja yang selama ini digunakan dalam perubatan secara terkawal untuk merawat pesakit di hospital, kini terdapat dalam kosmetik.

Melangkah dalam bidang kecantikan, khasiat ganja diyakini mampu memberi manfaat kepada tekstur kulit manusia sekali gus menjadi produk terunik di dunia.

Selain peluang menikmati kesemua ganja tersebut secara percuma, sesi pengkomersialan ganja masih terlalu jauh di Thailand.

Walaupun pengusaha restoran teruja meletakkan daun ganja dalam hidangan mereka, namun stigma masyarakat terhadap keburukan ganja masih menebal.

Sehubungan itu, pameran berkenaan dianjurkan bertujuan menyalurkan informasi dan mendidik masyarakat.

Sumber Astro Awani