Home MALAYSIA Terokai Hibernasi Alam di Royal Belum, Perak

Terokai Hibernasi Alam di Royal Belum, Perak

2219
0

Terletak dalam daerah Hulu Perak di Gerik, Perak Hutan Belum menjanjikan pengalaman baharu buat pencinta alam semula jadi.

Hutan Belum merangkumi keluasan 290,000 hektar terbahagi kepada dua kawasan iaitu sempadan Malaysia-Thailand.

Hutan ini merupakan hutan hujan tropika tertua dalam negara yang berusia 130 juta tahun dengan 90 peratus kawasannya belum diterokai.

Mereka yang menggemari aktiviti lasak, santai dan perkhemahan dalam hutan wajib merasai sendiri pengalaman bermalam di Hutan Belum.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan adalah memancing dan jungle tracking. Jika bernasib baik anda dapat melihat bunga raflesia dalam habitat semula jadinya.

Perhatian!! Anda wajib mendapatkan khidmat pemandu pelancong untuk bermalam di Lembah Belum.

Pengangkutan utama di sini adalah bot. Jadi anda perlu bersedia menaiki bot selama dua jam dari Jeti Royal Belum ke Lembah Belum.

Selain itu, kawasan Lembah Belum tidak mempunyai akses Internet. Jadi hayatilah alam semaksimumnya….Selamat mengembara.

Sumber: Twitter BackPackerz dan http://www.gerik.gov.my/ms/pelawat/destinasi-menarik/hutan-belum

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here