Home LAIN-LAIN AIRLINES Tengah fikir nak ‘Vacation’ tapi tak tahu nak ke mana? Mari Tengok...

Tengah fikir nak ‘Vacation’ tapi tak tahu nak ke mana? Mari Tengok Promosi daripada Malaysia Airlines.

1510
0

Selepas tamatnya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), semua orang mesti terfikir untuk keluar jalan-jalan dan bersiar-siar di Pusat membeli-belah, berkelah di taman, mandi di pantai dan pelbagai lagi. Jadi, sekarang ini di Malaysia Airlines tengah hangat mengadakan satu promosi yang menarik iaitu MHHoliday. Apa itu MHHoliday? MHHoliday ini adalah satu pakej percutian yang disediakan oleh syarikat penerbangan ini untuk pelanggannya yang ingin menggunakan perkhidmatannya untuk melancong di kawasan domestik sahaja.

Apa yang membuatkan pakej ini menarik adalah pembelian tiket penerbangan ini dilengkapi dengan pakej penginapan di hotel yang bertaraf 5 bintang dengan harga yang berpatutan iaitu dengan penjimatan sehingga 60%. Di sini saya sertakan destinasi yang disediakan dalam pakej oleh syarikat ini, antaranya ialah Pulau Langkawi, Terengganu, Penang dan Kota Kinabalu. Destinasi ini merupakan pusat tumpuan para pelancong domestik mahupun antarabangsa.   

Antara tawaran harga yang diberikan untuk ke Pulau Langkawi bermula daripada RM 289 pakej 3H2M dengan pilihan penginapan di Berjaya Resort, Pelangi Beach Resort & Spa, Vivanta Langkawi Rebak dan Ombak Villa.

Manakala untuk mereka yang teringin ke Terengganu anda boleh dapatkan pakej ini dengan harga yang bermula daripada RM 249 iaitu pakej 3H2M bersama pilihan tempat penginapan di Sutra Beach Resort, Perhentian Island Resort dan The Taaras Beach & Spa Resort.

Bagi mereka yang ingin ke Penang, anda cuma perlu membayar pakej yang bermula daripada RM  209 dan pilihan temapt penginapan anda adalah Cititel Express, Flamingo Hotel by the Beach, Evergreen Hotel dan Hard Rock Hotel.

Bagi destinasi yang terakhir iaitu Kota Kinabalu, anda boleh mendapatkan pakej ini yang bermula daripada RM 339 dan pilihan penginapan anda adalah Shangri-La Hotel, The Palace Hotel, Grandis Hotel dan Hyatt Regency Kinabalu.

Info yang selanjutnya anda boleh dapati di www.malaysiaairlines.com

Anda perlu merebut peluang ini dengan segera kerana promosi pakej ini akan berakhir pada 31 Julai 2020 dan tempoh untuk anda melancong bermula dari hari ini sehingga 31 Disember 2020. Jadi apa tunggu lagi? Jangan lupa dapatkan pakej yang menarik ini dari Malaysia Airlines yang merupakan syarikat penerbangan yang terbaik di Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here