Home MAKAN-MAKAN Tenangkan Fikiran Dengan Secawan Kopi di PODGY Kurau, Bangsar

Tenangkan Fikiran Dengan Secawan Kopi di PODGY Kurau, Bangsar

2435
0

Bangsar, terkenal dengan tempat di mana orang “dompet tebal” menghabiskan masa terluang mereka. Tidak semua perkara di kawasan ini mahal, malah ada juga perkara yang mampu dimiliki oleh semua orang.

Jadi, untuk menghilangkan dahaga mahupun mengisi perut yang sedang lapar juga, anda boleh datang ke Bangsar. Dengan lebih terperinci, datang ke PODGY Kurau. Apa yang ada di cafe ini?

Cafe PODGY ini terletak di Lorong Kurau, Luck Garden. Manakala waktu beroperasinya bermula dari jam 9 pagi hingga 7 petang. Masa yang sangat sesuai untuk mereka yang mencari tempat sarapan pagi, makan tengah hari dan juga minum petang.

Jangan lupa, cafe ini ditutup pada hari Selasa. Jangan lupa datang nanti menangis pulak tengok kedai tidak dibuka.

Apakah masakan ataupun main dish yang disediakan di sini? Di sini, anda boleh dapatkan masakan western yang sangat sedap dan juga pastry yang menjilat jari.

Tidak dilupakan juga, hidangan kopi yang sangat lazat. Menu breakfast dan juga hidangan berat yang sangat pelbagai, bakal membuatkan anda tidak tentu arah untuk memesan.

Untuk pencuci mulut pula, sudah pasti ianya bukan sekadar sedap dilihat di dalam gambar sahaja. Anda boleh dapatkan sepotong Carrot Cake Homemade dihidangkan bersama secawan kopi untuk sajian minum petang anda.

Kunjungi laman instagram rasmi mereka iaitu PODGY Kurau untuk melihat gambar-gambar terkini dan perkembangan semasa cafe ini. Malah di sini juga, anda boleh mendapatkan maklum balas dengan hanya menghantar DM kepada mereka.

Jangan lupa datang ke Bangsar, dan singgah ke PODGY Kurau ini untuk isi perut anda yang sedap lapar, mahupun menghabiskan secawan kopi yang sangat uummpphhh.

sumber gambar: Klook

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here