
Malaysia merupakan negara yang beriklim khatulistiwa yang bermaksud suhu yang agak seragam. Malaysia juga mempunyai kadar hujan yang agak tinggi dan juga kelembapan yang tinggi. Lagi satu, Malaysia terkenal dengan nama panggilan negara yangg beriklim panas dan sejuk sepanjang tahun.
Jadi mesti agak susah kan jika kita ingin mencari tempat yang sejuk macam ala-ala oversea di Malaysia? Di sini saya ingin senaraikan destinasi percutian yang menarik dengan suasana serta suhu yang sejuk seperti di luar negara.
1.Genting Highland
Menjadi tempat pelancongan tumpuan utama yang sering dikunjungi oleh rakyat Malaysia. Genting Highland bukan sahaja menjadi tempat pelancongan malah ia merupakan pusat hiburan yang dilengkapi dengan pelbagai kelengkapan seperti cable car, taman tema indoor, dan Genting Premium Outlet (GPO). Selain dari menikmati cuaca yang sejuk di sini, anda juga dapat memenuhi hari anda dengan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan apabila anda datang ke sini. Anda boleh datang ke sini dengan menaiki kereta ataupun menggunakan perkhidmatan bas yang menyediakan servis penghantaran ke Genting Highland.

2.Cameron Highland
Cameron Highland yang terkenal dengan penanaman daun teh yang terbesar di Malaysia. Selain dari itu, tempat ini juga turut ditambah baik dari masa ke semasa di mana pelbagai aktiviti serta hiburan yang dapat anda lakukan apabila anda berada di sini. Anda boleh melawat ke ladang teh Boh, menunjungi kebun bunga ros, memetik buah strawberi dan pelbagai lagi. Masa kini juga sudah banyak tempat penginapan yang telah dibina di sini untuk memuatkan ramai pengunjung yang datang ke sini.

3.Kundasang
Kundasang terkenal dengan pemandangan kehijauan yang memenuhi gunung ini membuatkan gunung ini seperti seakan-akan anda berada di luar negara. Ini terkenal dengan pengeluaran produk tenusu oleh kerana banyak pemeliharaan lembu tempatan serta luar negara. Pelbagai pilihan penginapan di sini yang boleh anda dapati di agoda, traveloka dan pelbagai lagi. Selain itu anda boleh melawat ke Mesilau Nature Resort, Bukit Sosodikan, Air Terjun Kipungit, Teh Sabah, Mesilou Cat’s Village, Tandem Paragliding dan pelbagai lagi.

4.Bukit Tinggi
Bukit Tinggi terletak di Bentong, Pahang. Bukit Tinggi ini terkenal dengan keistimewaan senibina Perancis di mana anda dapat lihat bangunan di situ seperti anda berada di Perancis. Antara tempat yang dapat anda kunjungi di sini adalah Colmare Topical (Perkampungan Perancis), Perkampungan Jepun, bermain di Adventure Park dan melawat Botanical Garden. Perjalanan untuk ke sini jika anda dari Kuala Lumpur adalah tidak kurang daripada 2 jam bergantung dari keadaan trafik.

5.Fraser Hill
Fraser Hill sudah menjadi tarikan pelancongan sekian lama di Malaysia. Ia mempunyai keunikannya yang tersendiri untuk mereka yang ingin kelainan bercuti di tempat sejuk. Pelbagai juga tempat yang dapat anda lawati di sini seperti The Paddock Fraser Hill, Bird Interpretive Centre, Air Terjun Jeriau, Hemmant Trail Fraser Hill, Taman Flora Bukit Fraser, Twin Peak Pine Tree Hill, Taman Rekreasi Bukit Fraser, dan Menara Jam Bukit Fraser.

6.Gunung Kinabalu
Gunung Kinabalu yang terletak di Sabah merupakan gunung yang tertinggi di Malaysia dan ketiga tertinggi di Asia tenggara. Selain dari terkenal dengan gunung yang tinggi, ia merupakan pusat pelancongan yang sering dikunjungi dari pelancong serata dunia. Ia juga menjadi salah satu tempat pendakian yang ekstrem dan juga merbahaya. Di sini juga terdapat pelbagai perkhidmatan penginapan yang menarik untuk anda. Pemandangan yang penuh dengan kehijauan ini membuatkan ramai yang datang ke sini berasa tenang dan aman ditambah pula dengan cuaca yang sejuk.

Untuk anda yang suka tempat sejuk, anda boleh lahh melawat ke sini dan nikmati percutian yang menyeronokkan. Jangan lupa untuk mengambil gambar dan video untuk kenang-kenangan. Jangan lupa bawa keluarga dan insan tersayang.