
Terfikir sekali dalam minda kita untuk bercuti di tempat percutian sekali sahaja seumur hidup. Walaupun sekadar angan-angan, siapa tahu satu hari nanti tercapai juga untuk pergi ke tempat tersebut.
Nak tahu tak satu tempat yang ‘meletop’? Meh tengok tempat ni. St. Regis Langkawi ini bakal membuka mata anda sehingga tidak dapat ditutup.
Apa yang menarik di sini sangatlah mengujakan. Anda tengok gambar sahaja pun sudah rasa macam teringin untuk pergi ke situ, apatah lagi kalau dapat pergi betul betul kan?

Di sebalik hutan belantara yg penuh dengan tumbuhan hijau, terdapat resort yang bagaikan mahligai. Dikelilingi laut yang menutupi Pulau Langkawi membuatkan resort ini sangat mewah dan menawan.
Disajikan pemandangan seluas alam, anda dapat melihat keindahan Pulau Langkawi sambil menikmati private pool yang disediakan sekali bersama bilik tempahan anda. Mewah bukan?

Bilik yang disediakan di sini terbahagi kepada dua iaitu Villa dan Suite. Yang pasti, kenikmatan kemewahan yang anda nantikan pasti akan membangkitkan nikmat percutian anda di sini.

Apabila tiba waktu matahari terbit ataupun senja, anda dapat saksikan pemandangan terindah itu hanya dengan berada di luar bilik anda sahaja.
Mahukan lebih? Jom datang ke St. Regis Langkawi ini untuk merealisasikan impian percutian mewah anda.
Kunjungi facebook mereka untuk mengetahui perkembangan terkini St. Regis Langkawi serta melihat gambar-gambar mengenai resort ini. Ataupun jika anda berminat untuk menempah bilik idaman anda, boleh kunjungi St Regis Langkawi untuk tempahan online.