Home MALAYSIA Taman Eko Rimba Kanching, Chongkak Park & Resort Kini Dibuka Untuk Orang...

Taman Eko Rimba Kanching, Chongkak Park & Resort Kini Dibuka Untuk Orang Ramai

1964
0

AKTIVITI beriadah dan pelancongan semakin banyak dibuka kepada orang ramai selepas hampir tiga bulan ‘sunyi’ berikutan penularan pandemik Covid-19.

Bagi mereka yang gemarkan aktiviti lasak atau mencari ketenangan di kawasan riadah air, kini tibalah masanya untuk berbuat demikian.

Sejak pengumuman pembukaan semula sektor pelancongan domestik bermula 10 Jun 2020 dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) serta perkembangan terkini yang membenarkan taman tema dan taman tema air (termasuk kawasan riadah air) kembali beroperasi pada 1 Julai 2020, sekaligus ia bagaikan perkembangan signifikan kepada operasi sektor pelancongan domestik.

Bagi kaki travel pengumuman tersebut pastinya membuatkan mereka tersenyum lebar selepas beberapa bulan hanya berkurung di rumah tanpa sebarang aktiviti luar.

Apa kata, hujung minggu ini bawa rakan-rakan atau ahli keluarga menghabiskan masa bersama ke Taman Eko Rimba Kanching dan Chongkak Park and Resort yang sudah mula beroperasi pada 6 Julai 2020.

Bagaimanapun, aktiviti perkhemahan masih tidak dibenarkan kerana hanya dibuka sehingga pukul 4.30 petang sahaja.

Namun, jangan terlalu ‘excited’ memandangkan beberapa peraturan yang perlu anda ikuti sepanjang berada di kawasan rehat ini.

Jangan lupa, hanya 300 orang pengunjung sahaja dibenarkan masuk pada satu-satu masa.

Pengunjung tidak dibenarkan berada di dalam kawasan selepas waktu operasi.

sumber: mstar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here