Home MALAYSIA HOTEL & RESORT Surga Pelangi Suntik Kegirangan di Kuala Selangor Cabin Camp

Surga Pelangi Suntik Kegirangan di Kuala Selangor Cabin Camp

873

Mood suram anda pasti bertukar penuh keriangan kala menjejakkan kaki di Kuala Selangor Cabin Camp (KSCC) di Kampung Bukit Hijau, Kuala Selangor.

Lokasi tarikan pelancongan itu dihiasi dengan pelbagai palet warna-warna menyebabkan kawasan tersebut seakan berada di sebuah dunia yang berbeza.

Bertemakan rainbow atau pelangi, KSCC mempunyai asbab tersendiri memilih tema rainbow sebagai sandaran pelancongan di pusat peranginan tersebut.

Misi utama mereka mengaplikasikan konsep pelangi sememangnya bertujuan menyuntik elemen kegirangan dalam kalangan pengunjung selepas berdepan tekanan melawan pandemik Covid19.

Uniknya mengenai KSCC ia boleh dikatakan sebagai pusat sehenti pelbagai aktiviti pelancongan yang ditawarkan dalam negara.

Sudah tentu tarikan utama di sini ialah Petting Zoo dan Mini Zoo yang menempatkan pelbagai haiwan ternakan jinak untuk dibelai.

Antara haiwan yang ditempatkan di sini ialah kuda, rusa, arnah, kucing dan pelbagai lagi.

Selain itu, turut ditawarkan pelbagai permainan indoor seperti dam ular mega, obstacle games malah archery dan yoyo kart turut terdapat di sini.

Kepelbagaian permainan, lokasi tumpuan, pemandangan menarik, aktiviti dan kemudahan seperti restoran serta surau…anda hanya perlu membayar RM15 untuk berlibur di KSCC.

Malah KSCC juga menyediakan kemudahan penginapan dengan pelbagai konsep menarik pada kadar hanya RM70 semalam.

Berita baik sekiranya anda menginap di sini, ke semua tarikan dalam KSCC boleh diakses secara percuma. Rasanya amat berbaloi dan berpatutan.

Konsep penginapan pilihan pengunjung sudah tentu Hobbit Stay. Namun selain Hobbit Stay terdapat juga penginapan seperti, Cabinstay, Arabianstay, Capsulestay dan Containerstay.

Dengan pelbagai pilihan penginapan dan aktiviti…rasanya harga yang ditawarkan sangat kompetetif….

Apa tunggu lagi? Jom cuti di KSCC.

Sumber Surgaroute