Home MALAYSIA HOTEL & RESORT Staycation di Tengah Kota Raya Kuala Lumpur Yang Menarik. Jom ke KL...

Staycation di Tengah Kota Raya Kuala Lumpur Yang Menarik. Jom ke KL Journal Hotel!

2921
0

KL Journal Hotel merupakan pilihan yang bijak untuk mereka yang mencari tempat penginapan yang terletak di tengah kota.

Ia juga terletak di sekitar Bukit Bintang dan dengan hanya beberapa minit sahaja anda sudah boleh pergi ke Pavilion Bukit Bintang.

Best kan bercuti di tengah bandar yang mempunyai pelbagai pilihan untuk bersuka ria di sekitar bandar.

Penginapan menarik di sini terbahagi kepada 3 jenis bilik iaitu Deluxe King, Deluxe Triple dan Superior Deluxe. Kini mereka membuat promosi lebih lama anda tinggal, lebih jimat. Anda boleh membuat tempahan di laman web rasmi mereka.

Antara fasiliti yang menarik di sini ialah swimming pool. Di sini anda dapat meluangkan masa bersama keluarga ataupun rakan-rakan anda sambil menikmati pemandangan yang sangat cantik.

Lagi satu, apa yang membuatkan hotel ini menjadi tumpuan selain dari kedudukannya yang strategik, ia juga merupakan tempat insta-worthy. Anda boleh dapatkan pelbagai jenis gambar yang menarik di setiap sudut yang terdapat di sini.

Untuk menikmati hidangan yang lazat dan menarik, di sini turut menyediakan menu yang sangat menyelerakan dan pasti anda akan menggemarinya.

Di tambah pula bermalam di sini sambil menikmati juadah yang enak dan lazat.

Jika anda inginkan maklumat lebih lanjut, sila kunjungi facebook rasmi mereka iaitu KL Journal Hotel. Di sini, anda boleh mendapatkan info tentang perkembangan terkini serta promosi yang diadakan di hotel ini. Ataupun terus sahaja ke laman web rasmi mereka untuk melakukan tempahan bilik di sini KL Journal Hotel.

sumber gambar: Facebook KL Journal Hotel

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here