
Ingin hilangkan rasa stress bekerja dan keluar dan kesesakan bandar buat seketika? Anda tidak perlu fikir panjang lagi, ambil kunci kereta anda dan terus datang ke Janda Baik kerana di sini terdapat satu tempat yang akan penuhi permintaan anda.
Dengan hanya 1 jam sahaja memandu dari Kuala Lumpur, anda akan tiba di Twikle Villa yang terletak di Janda Baik. Lokasi yang sangat strategik untuk menjadikan short escape anda lebih bermakna.
Dikelilingi oleh tumbuhan hijau yang segar, anda bakal disajikan tempat penginapan yang sangat menarik dan yang pasti bakal membuatkan trip anda sangat berbaloi.


Di Twinkle Villa ini, anda akan ditawarkan 4 tawaran villa, iaitu Cengal House, Gaharu House, Resak House dan Meranti House.
Cengal House dilengkapi dengan peralatan BBQ di mana anda dapat melakukan aktiviti BBQ sambil mendengar bunyi angin malam di sekitar kawasan tersebut.
Di Cengal House juga turut menyediakan peralatan dapur yang lengkap seperti pinggan dan mangkuk, oven, peti ais, rice cooker dan pelbagai. Ia sangat sesuai untuk penginapan yang ramai seperti melibatkan ahli keluarga dan berkumpulan.

Di Twinkle Villa ini diibaratkan anda membuat camping tetapi dalam keadaan yang agak mewah sedikit. Sememangnya dengan caj yang ditawarkan di sini, sangatlah berbaloi untuk hilangkan rasa stress dan kesesakan bandar.
Terus ke laman rasmi mereka iaitu Twinkle Villa untuk dapatkan maklumat terkini, atau promosi yang dilancarkan di sini. Di sini juga anda boleh melihat gambar-gambar yang terkini dan pakej-pakej menarik yang ditawarkan.
sumber gambar: Twinkle Villa