
Satu berita yang kurang baik ditambah pula pada industri ekonomi kita. Salah satu shopping mall yang agak lama di Malaysia ini bakal menutup tirainya pada akhir Mac ini. Shopping Mall yang dimaksudkan itu adalah e-Curve yang terletak di Damansara.
Di sini terdapat pelbagai kedai yang menarik, malah ia juga menjadi salah satu tempat untuk datang lepak dan bersantai di hari minggu oleh rakyat di sekitar itu.

Setelah bertahan sekian lama oleh kerana wabak pandemik ini, ia telah memutuskan kata akhir mengenai penutupannya.
Menurut sumber page facebook Malaysia Shopping Mall, ia telah memuat naik status mengenai e-Curve ini bakal ditutup pada 31 Mac 2021 ini.
Walaupun begitu, masih tiada khabar rasmi dari pihak e-Curve itu sendiri mengenai penutupannya. Tetapi terdapat pelbagai pihak ataupun peniaga kedai di dalam mall tersebut telah mengesahkan penutupan mall tersebut.
Berita sedih bakal membuatkan ramai pengunjung yang datang ke sini hilang tempatan di mana semua kenangan yang ada di sini. Ia telah menjadi satu simbolik bagi tempat Damansara dan rata-rata ramai yang sering mengunjung tempat ini.

Marilah kita sama-sama memohon agar wabak Covid-19 ini segera hilang dari muka bumi dan hidup dapat kembali seperti sedia kala semula.
sumber: Klook