Home OCEANIA AUSTRALIA Setelah Berbulan Bebas, Melbourne Kembali Laksana ‘Lockdown’

Setelah Berbulan Bebas, Melbourne Kembali Laksana ‘Lockdown’

1714

Melbourne akhirnya kembali melaksanakan perintah kawalan pergerakan atau lockdown setelah mengenalpasti jangkitan baharu Covid19.

Lebih membimbangkan virus berkenaan merupakan strain baharu dari United Kingdom yang dikhabarkan lebih cepat merebak dan mudah menjangkiti berbanding Covid19 yang pernah Melbourne hadapi.

Jangkitan baharu itu dipercayai bemula daripada pusat kuarintin selepas pelancong asing mendarar di Australia dan menjalani kuarintin kemudian menjangkiti barisan frontliners di pusat berkenaan.

Tidak dinyakan secara khusus jumlah jangkitan terkini Covid19 di Melbourne, namun dikatakan kira-kira 13 kontak rapat terbabit dalam insiden ini.

Langkah lockdown selama lima hari diambil pada kadar segera untuk mengekang virus itu daripada menular dan berjangkit dalam kalangan komuniti.

Untuk rekod Australia antara negara terawal berjaya menangani wabak Covid19 sehinggakan tiada keperluan memakai pelitup muka di bumi kangaru itu.

Malahan sektor pelancongan Australia juga semakin aktif melibatkan penerbangan dalam negara sahaja iaitu Sydney dan Perth.

Australia juga dipuji berikutan kejayaan mereka mengentikan wabak Covid19 sehingga pada kadar sifar jangkitan.

Kes terbaharu ini sudah tentu memberikan tamparan hebat buat frontliner dan kerajaan Australia.

Apatah lagi….punca wabak berkenaan datangnya dari warga asing….mmmmm