Home OVERSEAS TRAVEL Selepas Seabad Karam, Bangkai Kapal Titanic Meniti Kepupusan…

Selepas Seabad Karam, Bangkai Kapal Titanic Meniti Kepupusan…

2291
0

Sebut sahaja Titanic pasti ramai menggambarkan kisah cinta romantik antara Jack dan Rose yang akhirnya Jack mati akibat kesejukan.

Namun, kapal Titanic bukan sahaja mengenai kisah cinta malah bukti sebuah ciptaan manusia tidak akan pernah sempurna untuk melawan takdir Yang Esa.

Setelah lebih 100 tahun tenggelam di lautan Atlantik dengan jarak 600 kilometer dari daratan Newfounland, Canada ada kisah sedih menyelebungi kapal bersejarah itu.

Terbaharu penemuan pakar akademik khuatir sejarah kapal Titanic akan lenyap selamanya berikutan kebanyakan bahagian kapal berkenaan musnah.

Seabad berada dalam lautan dalam, kebanyakan bahagian kapal titanic musnah akibat faktor semula jadi seperti serangan bakteria dan alga.

Menurut pakar, kapal Titanic mungkin akan bertahan untuk beberapa tahun sahaja sebelum keseluruhan kapal itu ranap selama-lamanya.

Namun demikian di sebalik kemusnahan kapal tersebut, terdapat beberapa peninggalan penumpang terdahulu yang masih terpelihara.

Barangan peribadi seperti but, kasut kulit dan sikat masih utuh terlantar di permukaan dek. Kesemua barang tersebut dipercayai milik penumpang kapal mewah itu.

Walaupun wujud penemuan barang peribadi di kapal, para saintis dan sejarahwan tidak pernah bertemu mayat yang lengkap dalam kabin kapal berkenaan.

Kegagalan penemuan mayat menimbulkan keraguan dalam kalangan saintis kerana secara logik kandungan garam yang tinggi pasti menyebabkan mayat terawet secara semula jadi.

Sementelah kapal Titanic semakin pupus, wujud juga syarikat yang menawarkan perkhidmatan pengembaraan secara dekat di lokasi karam kapal berkenaan.

Menggunakan kapal selam khas pada kadar Canadian Dollar 59,862 (RM189,395) untuk seorang penumpang.

Syarikat Bluefish akan membawa penumpang menjelajah selama 12 jam di tapak kapal berkenaan dalam sebuah kapal selam yang memuatkan dua penumpang termasuk pemandu.

Terdapat juga perkhidmatan lawatan selama enam hari pada kadar RM3.96 juta kendalian Ocean Gate Expidition. Bagaimanapun, bayaran itu disalurkan ke dana penyelidikan kapal Titanic.

Mengimbau sejarah Titanic kapal berkenaan karam ketika dalam perjalanan dari Southampton ke New York pada tahun 1912.

Kapal yang membawa 2,200 penumpang dan kru karam selepas melanggar iceberg. Seramai 1,500 mangsa terkorban.

Sumber Weird History dan CNN

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here