Home MALAYSIA HOTEL & RESORT Selami Alam Semulajadi Yang Sangat Mengagumkan di Haven Resort Ipoh.

Selami Alam Semulajadi Yang Sangat Mengagumkan di Haven Resort Ipoh.

2173
0

Berita baik untuk anda yang bercadang untuk datang bercuti di Ipoh kerana terdapat satu port penginapan yang sangat cantik dan unik.

Yang lagi best, untuk mereka yang sukakan alam semulajadi, anda pasti akan menyukai tempat ini. Tempat penginapan yang dimaksudkan itu adalah The Haven Resort yang terletak di Ipoh.

The Haven Resort ini merupakan tempat penginapan yang lain dari yang lain. Amat digalakkan untuk mereka yang menari tempat luar dari kesesakan bandar ditambah pula gemar dengan alam semulajadi.

Di sini amat sesuai untuk anda yang ingin tenangkan fikiran dari persekitaran kerja dan bandar yang sibuk.

Satu lagi perkara yang best kat sini adalah infinity pool mereka yang sangat wow! Lihat sahaja dalam gambar pon dah nampak macam best kan? Apatah lagi apabila anda sendiri yang alaminya sendiri.

Sambil mandi, anda dapat menikmati pemandangan bukit dan alam semulajadi yang menarik dan mengagumkan.

Barulah betul betul sesi terapi jiwa kan? Nanti balik semula ke tempat asal barulah lega dan stress free.

Tidak lupa juga, di sini turut disediakan makanan dan minuman dan ini perlu dirujuk semula mengikut pakej yang disediakan di sini. Untuk maklumat lanjut boleh terus sahaja ke laman sesawang mereka.

Anda boleh layari laman sesawang mereka iaitu Haven Resort Ipoh untuk dapatkan maklumat terkini ataupun terus membuat tempahan bilik di situ. Jangan lupa apabila bercuti tu patuhi SOP okay? Selamat bercuti!

sumber gambar: Facebook Haven Resort Ipoh

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here