Home MALAYSIA Sektor Pelancongan Sudah Boleh Beroperasi Di Kawasan PKPB, PKPP

Sektor Pelancongan Sudah Boleh Beroperasi Di Kawasan PKPB, PKPP

680
0

Kerajaan bersetuju memberikan kelonggaran bagi membuka semula sektor pelancongan dan kebudayaan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP) bermula 19 Februari.

Memetik laporan Harian Metro, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri berkata, aktiviti terbabit masih tidak dibenarkan di kawasan PKP dan PKP Diperketatkan (PKPD).

Menurutnya, ia termasuk aktiviti pelancongan rentas negeri dan aktiviti pelancongan dalam negeri yang membabitkan pelancong asing tidak dibenarkan.

“Antara aktiviti dibenarkan di kawasan PKPB adalah produk tarikan pelancong seperti zoo, farms, akuarium, pusat edutainment, taman rekreasi dan ekstrem.

“Begitu juga premis hasil seni, budaya dan warisan seperti muzium, perpustakaan, galeri seni, pusat budaya, pentas persembahan dan lain-lain serta taman tema dan pusat hiburan keluarga.

“Aktiviti berikut dibenarkan beroperasi dengan 50 peratus kapasiti premis dan mematuhi penjarakan fizikal, mewajibkan pemakaian pelitup muka dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) lain,” katanya.

Bagi kawasan PKPP, Ismail Sabri berkata, semua aktiviti pelancongan dan kebudayaan itu dibenarkan beroperasi dengan mematuhi penjarakan fizikal.

Katanya, aktiviti pelancongan dan kebudayaan selain di bawah senarai negatif perlu mengikut SOP sektor pelancongan dan kebudayaan sedia ada yang sedang berkuatkuasa.

Sumber & Kredit Foto: Harian Metro

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here