Home LAIN-LAIN TRAVEL TIPS Sebelum Balik Kampung Rentas Negeri, Ikut 5 Tips Mudah Ini!

Sebelum Balik Kampung Rentas Negeri, Ikut 5 Tips Mudah Ini!

1372
0

Biarpun Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) masih berkuatkuasa, kelonggaran untuk merentas negeri dan daerah sudah pun dibenarkan.

Pastinya kesempatan ini akan diambil oleh mereka yang sudah lama tidak pulang ke kampung halaman untuk melepaskan rindu.

Namun, sebelum anda balik ke kampung bertemu ibu bapa dan keluarga, pastikan anda mengikuti 5 tips mudah ni!

#1 Pastikan diri anda tidak bergejala

Ha, ini paling penting. Pastikan keadaan tubuh badan anda sihat sejahtera tanpa sebarang gejala! Jangan bawa balik penyakit ke kampung pula!

#2 Rancang perjalanan anda

Perjalanan pulang ke kampung harus dirancang dengan teliti supaya perjalanan anda akan berjalan lancar.

#3 Servis kereta terlebih dahulu

Ha, sebelum balik kampung tu, jangan lupa untuk memeriksa keadaan kenderaan anda tau! Jadi, kalau lama tak servis tu, selenggaralah apa yang patut!

#4 Top-up Touch & Go!

Ini merupakan antara perkara penting untuk anda lakukan sebelum berangkat pulang. Elak bersesak-sesak di kaunter tambah nilai Touch & Go nanti!

#5 Bawa bekal!

Jangan lupa bawa air minuman yang cukup serta bekalan snek sebagai kudapan. Penting tau, boleh buat kunyah-kunyah untuk hilangkan ngantuk!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here