Home OVERSEAS TRAVEL ASIA Resort Mewah Maldives Tawar Percutian All Access Pada Kadar RM124,000 selama Setahun...

Resort Mewah Maldives Tawar Percutian All Access Pada Kadar RM124,000 selama Setahun Bermula 2021

2238
0

Sanggupkah anda membelanjakan kira-kira RM124,000 (USD30,000) untuk menginap selama setahun di sebuah pusat peranginan dengan kemudahan all access?

Jika ya, maka anda antara yang berkemampuan menghabiskan sepanjang tahun 2021 di resort mewah Anantara Veli di Maldives.

Resort yang terletak di kepulauan Lautan Hindi ini memperkenalkan promosi menarik untuk meningkatkan kembali sektor pelancongan di negara tersebut.

Kebergantungan hasil negara yang tinggi terhadap sektor pelancongan memaksa resort mewah seperti Anantara Veli menawarkan perkhidmatan pada harga kompetitif.

Bagaimanapun tawaran harga penginapan selama setahun itu hanya melibatkan kawasan banglo atas air yang mampu menempatkan maksimum dua indvidu pada satu masa.

Bukan sahaja anda berpeluang menikmati keindahan kepulauan Maldives selama setahun, anda juga bakal mendapat layanan kelas pertama!!

Setiap pagi sarapan anda akan dibawa ke dalam bilik, pelbagai pilihan bufet makanan dan rawatan spa serta urutan dengan harga diskaun.

Jangan khuatir mengenai pengangkutan bot dan kapal terbang amfibia turut termasuk dalam promosi ini. Segalanya percuma!!!

Hasil carian di laman web Anantara Maldives Resort penginapan semalam di sini antara RM2,000 hingga RM8,000 sahaja. Jadi RM124,000 untuk 12 bulan rasanya amat BERBALOI..

Sumber: Ladbible.com .

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here