Home MALAYSIA Pulau Kekabu Tarikan Aktiviti Sukan Luncur Air di Terengganu

Pulau Kekabu Tarikan Aktiviti Sukan Luncur Air di Terengganu

3281
0

Tidak seperti di luar negara, Malaysia mungkin terlalu asing dengan sukan luncur air disebabkan oleh faktor ombak di Malaysia mungkin tidak bersesuaian untuk aktiviti berkenaan.

Namun musim monsun ternyata memberi kelebihan di sekitar kawasan perairan di Terengganu untuk melaksanakan aktiviti berkenaan.

Lazimnya pulau popular sekitar Terengganu seperti Pulau Perhentian Kechil dan Besar termasuk Pulau Redang ditutup daripada sebarang aktiviti pelancongan.

Berbeza pula di Pulau Kekabu yang terletak di Marang, saban tahun aktiviti sukan meluncur air diadakan sekali gus merancakkan ekonomi setempat.

Menghasilkan ombak yang tinggi sekitar monsun antara Disember hingga Mac sepanjang tahun ternyata memberi kelebihan untuk daerah berkenaan.

Malah sukan tersebut diangkat kepada acara wajib dengan kali terakhir Terengganu Monsoon Surfing Competition 2020 telah diadakan pada Disember lalu.

Bukan sahaja pencinta sukan luncur air boleh melakukan aktiviti di pulau berkenaan, pulau tersebut juga sesuai untuk percutian keluarga.

Sungguhpun begitu, dinasihatkan untuk mereka yang bercuti bersama keluarga menjauhi kawasan pantai untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini.

Berdasarkan maklumat dari kerajaan negeri difahamkan terdapat usaha untuk menjadikan sukan luncur air tersebut sebagai acara tahunan.

Malangnya, peningkatan kes Covid19 mungkin menghalang pelaksanaan sukan tersebut pada tahun ini.

Sementelah pengumuman darurat daripada Yang Dipertuan Agong sehingga 1 Ogos ini meletakkan sektor pelancongan negara dalam keadaan yang tidak menentu.

Apapun yang terjadi kelak, kita berharap pandemik ini terkawal.

Sumber Places Malaysia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here