Home LAIN-LAIN AIRLINES Malaysia Airlines Buat Hal Lagi, Kini Promosi Penerbangan Ke KL Termasuk Hotel...

Malaysia Airlines Buat Hal Lagi, Kini Promosi Penerbangan Ke KL Termasuk Hotel Dalam Satu Harga

1737
0

Untuk post sebelum ni Malaysia Airlines sudah melakukan promosi penerbangan ke Penang dan Sabah. Cuba teka untuk promosi kali ini mereka berikan peluang anda untuk terbang ke mana? Terbang ke ibu kota Malaysia iaitu Kuala Lumpur!

Seperti promosi sebelum ini, mereka masih mengekalkan idea gabungan harga tiket penerbangan dilengkapi bersama dengan tempat penginapan yang menarik.

sumber: malaysiaairlines.com

Untuk penerbangan ke Kuala Lumpur, antara hotel yang bakal disajikan untuk anda adalah DoubleTree by Hilton, Pullman Kuala Lumpur, Royale Chulan Kuala Lumpur dan pelbagai lagi hotel yang menarik. Apa yang menambahkan kenikmatannya adalah, hotel yang disediakan adalah bertaraf lima bintang.

sumber: malaysiaairlines.com

Tetapi pakej ini bermula dengan harga cuma RM 199 yang bakal menempatkan anda di Royale Chulan Kuala Lumpur dengan tempoh selama 3 hari 2 malam. Menarik kan? Mesti rugi ni kalau tak beli!

sumber: malaysiaairlines.com

Tambahan lagi, pembelian tiket ini bakal memeriahkan susana percutian anda kerana anda bakal diberikan baucar membeli belah bernilai RM 100 di Suria KLCC dan 20% ‘off’ untuk pembelian tiket Aquaria KLCC!

Tempoh pembelian tiket promosi untuk penerbangan ke Kuala Lumpur bermula dari 1 September 2020 hingga 31 Oktober 2020 bagi tempoh penerbangan sehingga 29 Disember 2020.

Semua promosi yang tertera adalah tertakluk kepada terma & syarat. Untuk mengetahui lebih lanjut, anda boleh layari holidays.malaysiaairlines.com.

Alang-alang dah buka ‘website’ tu, terus lah beli tiket sekali. Jangan lupa bagitahu ahli keluarga serta rakan-rakan yang lain juga!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here