Home MALAYSIA Premis Pelancongan Dibenarkan Beroperasi Ikut Keluasan Premis Di Kawasan PKPP, 50% Kapasiti...

Premis Pelancongan Dibenarkan Beroperasi Ikut Keluasan Premis Di Kawasan PKPP, 50% Kapasiti Di Kawasan PKPB

1262
0
KUALA LUMPUR, 6 Nov -- Suasana di sekitar Dataran Merdeka kelihatan lengang dan sunyi susulan kenaikan jumlah harian kes-kes positif COVID-19 ketika tinjauan mengenai Belanjawan 2021 di sekitar ibu kota, hari ini. Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan hari ini diharap dapat membantu memulihkan sektor pelancongan, seni dan budaya, selain memberi suntikan kepada perancangan pembangunan ekonomi negara. Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri berkata belanjawan itu juga diharapkan dapat memberi peluang kepada kementerian membantu penggiat industri di dalam kementerian agar terus kukuh, sekali gus menyokong pemulihan ekonomi negara pada masa akan datang. --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA KUALA LUMPUR, 6 Nov -- The surrounding area of Dataran Merdeka is seen almost empty due to the public?s concern of the rising number of daily cases of the COVID-19 pandemic. The Budget 2021 plans that will be presented today is intended to help recover the tourism, arts and culture sectors as well as giving a boost towards the planning of the country?s economic development. According to Minister of Tourism, Arts and Culture, Datuk Seri Nancy Shukri, the budget is also intended to provide opportunities for the ministry to assist activists within the ministry to keep going strong thus at once also assisting the country?s economic recovery in the coming future. --fotoBERNAMA (2020) COPYRIGHTS RESERVED hAlert

Aktiviti pelancongan bagi kawasan yang dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan dibenarkan beroperasi mengikut keluasan premis dan bagi kawasan PKP Bersyarat (PKPB), ia dibenarkan beroperasi dengan 50 peratus kapasiti premis.

Menurut laporan Berita Harian, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata produk tarikan pelancong awam seperti zoo, ‘farms’, akuarium, pusat edutainment, taman rekreasi serta taman ekstrem, taman ‘adventure’ ‘nature parks’ dan lain-lain juga dibenarkan.

“Premis hasil seni, budaya dan warisan seperti muzium, perpustakaan, galeri seni, pusat atau kampung seni warisan budaya, pentas persembahan budaya dan lain-lain juga boleh beroperasi. Taman tema dan pusat hiburan keluarga juga dibuka.

“Spa, refleksologi, pusat urut serta ‘wellnes’ termasuk perkhidmatan ‘pedicure’ dan ‘manicure’ dibenarkan dari jam 6 pagi sehingga jam 12 malam mengikut syarat lesen PBT yang mana lebih awal,” katanya.

Ismail Sabri berkata, lain-lain aktiviti pelancongan dan kebudayaan adalah tertakluk kepada prosedur operasi standard PKPB bagi Sektor Pelancongan dan Kebudayaan sedia ada yang sedang berkuat kuasa.

Sumber & Kredit foto: Berita Harian / BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here