Home LAIN-LAIN AIRLINES #PrayForSriwijayaAir

#PrayForSriwijayaAir

2114
0

Pembukaan tahun 2021 menyaksikan industri penerbangan Indonesia bermula dengan kisah duka kehilangan pesawat tambang murahnya iaitu Sriwijaya Air.

Pada petang Sabtu hari ini, portal tempatan dan antarabangsa melaporkan misteri kehilangan pesawat Boeing 737-500 pada pukul 1.25 petang waktu tempatan.

Difahamkan pesawat berkenaan dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Soekarno Jakarta ke Pontianak di Kalimantan sebelum hilang dari radar kira-kira pukul 2.20 petang

Pesawat berkenaan membawa 62 penumpang yang terdiri daripada 56 penumpang dan enam krew termasuk juruterbang dan pembantunya.

Kira-kira pukul 5 petang tadi disahkan pesawat tersebut terhempas. Turut ditemui bangkai pesawat dan mayat yang terapung.

Pesawat berkenaan dilaporkan hilang dari radar pada kedudukan 10,000 kaki di udara.

Pesawat juga dilaporkan gagal dihubungi selepas berlepas dari Jakarta. Mengikut rekod kapal terbang tersebut berusia 26 tahun.

Sejarah penerbangan Sriwijaya Air belum pernah merekodkan kemalangan jiwa seperti pesawat terhempas.

Kali pertama Sriwjaya merekodkan kemalangan pada 27 Ogos 2008 melibatkan satu kematian orang awam selepas pesawat terkeluar dari landasan ketika mendarat.

Kali terakhir kemalangan melibatkan pesawat Sriwijaya Air adalah pada 13 Oktober 2012 ketika penerbangan dari Medan ke Padang. Ketika mendarat, pesawat berkenaan tersilap mendarat di Lapangan Terbang Tabir Air Force.

Sumber Channel News Asia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here