Home LAIN-LAIN Port Instagrammable yang Sangat Unik, Jom Datang ke Putuo Village.

Port Instagrammable yang Sangat Unik, Jom Datang ke Putuo Village.

517

Putuo Village, tempat yang sangat tenang dan mempunyai pemandangan yang unik ini merupakan tempat yang mempunyai ciri-ciri Buddha. Ia sangat unik dan menarik untuk dikunjungi.

Putuo Village ini terletak di Jalan Kota Tinggi, Kluang Johor. Ia dibuka setiap hari bermula dari jam 8 pagi hingga 5 petang.

Setiap seni bina yang dibangunkan di sini mempunyai ceritanya yang tersendiri serta mempamerkan element yang unik di mana ia mampu menarik perhatian pelancong luar untuk datang ke sini.

Dengan keluasan 43 ekar ini, salah satu tempat yang menjadi tumpuan adalah sarang burung tergantung. Ia adalah hasil daripada inspirasi burung-burung yang hidup di sekitar kawasan ini.

Dari sini juga anda dari melihat pemandangan pelangi yang sangat indah, malah dikelilingi buluh yang boleh dijadikan latar belakang untuk gambar yang menarik.

Tambahan lagi, selain dari suasana dikelilingi hutan, anda boleh juga kunjungi kuil, melihat arca Buddha yang juga menjadi simbolik bagi agama ini.

Anda juga boleh dapatkan maklumat terkini ataupun perkembangan sesama mengenai Putuo Village ini di laman sesawang mereka dengan hanya klik di sini.

sumber gambar: Johor Foodie