Home MAKAN-MAKAN Pineyard Cafe Minimalis di Tengah Belantara

Pineyard Cafe Minimalis di Tengah Belantara

2876
0

Dari jauh terlihat sebuah bangsal yang bersambung antara dua bahagian di kelilingi tasik dalam sebuah hutan.

Binaan berasaskan kayu-kayan memonopoli segenap dinding dan tiang pada bangunan itu kelihatan terlalu pucat.

Namun di sebalik warna kayu-kayan yang pucat itu, bangunan itu berjaya menonjolkan tarikan tersendiri berikutan dibina di tengah-tengah hijau belantara.

Pineyard Cafe terletak di Janda Baik, Pahang merupakan yang bukan sahaja menawarkan gastronomi yang mengenakkan malahan saujana flora dan fauna.

Ilham binaan dengan konsep terbuka menjadi tambah nilai kepada mereka yang dambakan implementasi antara makanan yang lazat serta pemandangan penuh nikmat.

Santai sambil menyaksikan pepohonan hijau di kiri dan kanan anda di samping desiran angin sesekali menghembus ke pipi pasti memberikan kepuasan yang berbeza.

Beralih kepada hiasan dalaman kafe ini, ia mengaplikasikan konsep minimalis dengan penggunaan tona rona berasaskan putih dan karamel.

Cuma kadangkala terlihat rona seakan-akan jingga cair dengan gabungan pencahayaan lembut menzahirkan elemen eksklusif kala berada di kafe ini.

Tumbuhan-tumbuhan renek turut dijadikan sebagai sebahagian dekorasi dalaman dalam kedai ini yang dimonopoli warna putih, hijau dan merah jambu.

Tidak lengkap rasanya jika berbicara mengenai kafe tanpa berkongsi mengenai menu hidangan di sini.

Secara keseluruhan, kafe ini menawarkan seleksi hidangan pasta, pastri, kek dan pelbagai jenis kopi seperti latte termasuk teh.

Pastri yang wajib untuk anda cuba di sini ialah Handmad Mini Sesame Chiffon Cake bersama Sea Salted Cream.

Bagi mereka yang tidak gemarkan hidangan berat dari Barat, boleh menikmati pilihan salad yang turut disediakan.

Kafe ini beroperasi setiap hari bermula 9 pagi hingga 9 malam.

Sumber Facebook Pineyard dan Instagram pineyard.jandabaik

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here