
Aoshime, Ehime di Jepun sangat popular dalam kalangan pencinta kucing berikutan ratusan ekor kucing yang menetap secara bebas di kepulauan itu.
Nampaknya, Malaysia juga mempunyai lokasi yang mungkin persis atau lebih baik berbanding Aoshime, Ehime di Jepun.
Terletak di Teluk Bahang, Pulau Pinang, Cat Beach Penang mungkin sesuai digelar sebagai syurga bagi pelbagai kucing jalanan.


Ya, kebanyakan kucing di sini merupakan kucing jalanan yang dijaga oleh Cat Beach Sanctuary. Kebanyakan mereka dijaga dengan rapi dan kelihatan sangat bahagia.
Sesiapa sahaja boleh meluangkan masa di sini. Tanpa perlu membayar sebarang kos anda boleh mendekati kucing yang sudah tentu mendambakan belaian.


Namun apa salahnya jika anda menyumbangkan sedikit tenaga untuk menguruskan kucing-kucing berkenaan ataupun sekadar menghulurkan sedikit imbuhan untuk pusat jagaan haiwan ini terus beroperasi.
Selain menyediakan perkhidmatan beramah mesra dengan kucing, pusat jagaan haiwan ini turut menyediakan perkhidmatan adopting kucing-kucing di sini.


Anda boleh adopt kucing-kucing di sini sekiranya ada dalam kalangan haiwan berkenaan yang menambat hati kalian.
Cat Beach Sanctuary bukan sahaja menjaga kucing malah mereka mempunyai pasukan menyelamatkan kucing-kucing yang teraniaya dan memerlukan bantuan.


Difahamkan terdapat kira-kira 300 ekor kucing yang dijaga di pulau ini. Cat Beach Sanctuary dibuka setiap hari bermula pukul 12 tengah hari hingga 6 petang.
Boleh santai berhadapan dengan laut sambil bermanja dengan kucing-kucing di pulau ini…Meow

Sumber Cat Beach Penang dan Places Malaysia