Home MAKAN-MAKAN Pekerja Hotel Lima Bintang Jual Nasi Bajet Demi Hidup..

Pekerja Hotel Lima Bintang Jual Nasi Bajet Demi Hidup..

1589
0

Industri perhotelan nampaknya terjejas teruk sehinggakan mereka terpaksa berniaga di jalanan demi survival masing-masing.

Terbaharu penginapan bertaraf lima bintang, Duyong Marina Resort di Pulau Duyong, Terengganu pula mula turun berniaga di jalanan.

Menggunakan nama Nasi Bajet Duyong Marina Resort, nasi tersebut hanya dijual pada kadar RM3 sahaja.

Lauk yang disediakan berbeza mengikut hari. Namun secara asasnya lauk pauk yang disediakan ialah ayam, ikan, sayur, telur dan sambal.

Waktu operasi pula bermula pada pukul 11 pagi hingga 3 petang setiap hari di susur naik ke Jambatan Mahmud.

Difahamkan seramai 156 pekerja masih bertugas di resort berkenaan malahan jika difikirkan hasil jualan nasi bajet berkenaan mungkin tidak cukup untuk menampung gaji mereka sekalipun.

Sungguhpun begitu, di sebalik kesusahan yang dihadapi kakitangan resort berkenaan tidak lupa memberi kepada yang memerlukan.

Berdasarkan perkongsian, mereka mengedarkan secara percuma nasi bajet berkenaan kepada orang awam, frontliner dan pengawal keselamatan.

Marilah kita bantu mereka semampu yang boleh. Mungkin hasil pembelian kalian membantu anak-anak mereka supaya tidak kelaparan.

Sumber Beautiful Terengganu Malaysia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here