
Mengimbau kembali memori kanak-kanak, ketika rembang matahari, sering kali setia menunggu di tepi jalan menantikan basikal tua yang membunyikan loceng.
Kedatangan penjual lelaki lazimnya berusia antara 40-50an itu menandakan dia membawa mesin ais pengisar bersama barang dagangannya iaitu ais kepal.
Kanak-kanak yang hidup dan lahir sekitar era 70an dan 80an terutama menetap di kawasan kampung mungkin tidak asing dengan suasana ini.

Ais Kepal di BITS&BOBS, Ipoh ternyata membawa kembali memori zaman kanak-kanak tersebut.
Setia dengan konsep menghasilkan ais kepal kemudian di balut menggunakan kertas dan ditadah dalam tangan, itu adalah cara sebenar menikmati hidangan ini.
Namun bagi mereka yang kurang selesa, kemudahan mangkuk turut disediakan.

Kaedah pembuatan ais kepal ialah kisaran ais yang dimampatkan seperti bebola. Sekelilingnya pula dituang pelbagai perisa pilihan.
Satu ketika dahulu ais kepal ini dinikmati dengan dua perisa sahaja sama ada ais kepal gula merah atau sirap pada kadar 50 sen.
Di Bits and Bobs, harga yang ditawarkan sekitar RM3++ mengikut perisa pilihan anda.

Perisa ais kepal popular di sini ialah Mango Asam, Limau Kasturi Asam dan Rainbow.
BITS & BOBS Ipoh Perak, 99, Jalan Sultan Yusuff, 30000 Ipoh, Perak

Sumber Facebook Perak Je dan Instagram pocopilgrims