Pulau Langkawi, pulau yang tidak asing lagi bagi sektor pelancongan di Malaysia. Ia telah menempa nama sebagai pulau yang tercantik di Malaysia malah mempunyai sejarahnya yang tersendiri.
Untuk anda yang baru merancang untuk datang ke Pulau Langkawi, anda boleh menempah bilik penginapan anda di Ombak Villa Village.
Salah satu sebab kenapa anda perlu menginap di sini adalah ketika saat matahari senja, anda akan dapat menikmati pemandangan yang sangat cantik dan sukar untuk diperolehi di tempat lain.
Apa yang ada di sini. Sebelum itu, Ombak Villa Village ini terletak di Padang Matsirat yang merupakan tempat tumpuan pelancong yang datang ke Langkawi.
Berkenaan bilik yang disediakan di sini pula, terdapat Suite, Sea Village dan Beachfront Room. Semua bilik yang disediakan ini bakal menyerikan suasana percutian anda di Pulau Langkawi ini.
Jarak memandu untuk pergi ke Pekan Kuah cuma 20km sahaja yan mengambil masa lebih kurang 25 minit manakala untuk ke lapangan terbang cuma 5 minit sahaja.
Walaupun jaraknya tidaklah dekat dengan Pantai Cenang, tetapi di sini terdapat kemudahan swimming pool yang anda boleh bermandi sambil menikmati pemandangan yang sangat cantik di kawasan sekitar.
Selain dari itu juga, terdapat bilik yang menyediakan perkhidmatan jacuzzi. Bukan senang kan nak dapat bilik yang sediakan jacuzzi.
Suasana di sini agak nyaman dan tenteram berbanding di Pantai Cenang. Jika anda mencari tempat penginapan yang tidak sesak dan tenang, Ombak Villa Village merupakan pilihan yang terbaik.
Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh kunjungi facebook rasmi mereka iaitu Ombak Villa Village untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai operasi mereka.
sumber gambar: facebook.com/OmbakVillaLangkawi/