
Kota Kinabalu merupakan bandar yang terkenal dengan pelbagai keunikannya yang tersendiri. Oleh itu, terdapat satu tempat yang sangat unik dan terletak di bandar ini iaitu Sutera Harbour Resort.
Sutera Harbour Resort yang merupakan tempat penginapan yang mewah dan berbaloi. Di sini akan terbahagi kepada dua iaitu Magellan Sutera Resort dan Pacific Sutera Hotel.
Diantara hotel dan resort ini terdapat perkampungan ‘yacht’ yang memakirkan ‘yacht’ mereka dan anda boleh menyewa servis untuk belayar di lautan sekitar kawasan ini.

Dengan pemandangan laut yang sangat luas dan santai, anda dapat menghabiskan masa anda dengan melakukan aktiviti mencuci mata tambah pula pada waktu senja. Confirm anda tidak akan lupakan peristiwa ini.
Anda boleh meluangkan masa pada waktu matahari senja dengan melihat pemandangan yang sangat menarik. Sambil melepak di rooftop dengan disajikan angin laun yang sangat nyaman.

Di sini juga anda boleh melakukan aktiviti bermandi di swimming pool di kedua dua tempat. Pool ini juga agak luas yang boleh memuatkan jumlah orang yang agak ramai. Di sini juga sangat sesuai untuk anda melakukan aktiviti bersama ahli keluarga anda.

Anda boleh kunjungi facebook mereka iaitu Facebook Sutera Harbour Resort untuk melihat gambar atau post yang terkini mengenai resort ini. Jika anda ingin membuat tempahan, anda boleh ke Sutera Harbour Resort dan anda juga boleh mendapatkan promosi yang terkini dari mereka.
Bah, jom naik belon datang Kota Kinabalu dan menginap di Sutera Harbour Resort untuk penginapan yang menyeronokkan!
sumber gambar: Places Malaysia