Home MALAYSIA HOTEL & RESORT Nikmati Alamsemulajadi Apabila Bermalam di Mangala Resort & Spa, Gambang, Pahang

Nikmati Alamsemulajadi Apabila Bermalam di Mangala Resort & Spa, Gambang, Pahang

2260
0

Siapa sangka di tengah pelusuk Gambang, Pahang terdapat resort mewah 5 bintang yang sangat cantik iaitu Mangala Resort & Spa. Dengan hanya 2 jam 30 minit sahaja dari Kuala Lumpur, anda boleh menikmati resort mewah ini.

Apa yang menarik di sini? Sudah pasti layanan mewah serta servis yang mewah juga bakal disajikan kepada setiap pelanggan yang datang ke sini.

Di sini terdapat 5 jenis tawaran bilik yang sangat menarik. Antaranya Sara Cottage, Jala Villa, Vanna Villa, Amani Villa dan Banglo. Terdapat juga bilik yang dilengkapi bersama dengan private pool untuk kenikmatan yang lebih berganda.

Setiap bilik bakal memberikan kepuasan yang berganda walaupun ianya berlainan tawaran yang diberikan.

Penginapan yang sangat mewah dapat dirasakan di sini dengan tawaran tilam yang sangat lembut, suasana yang nyaman dan pelbagai lagi. Anda confirm takkan menyesal punya.

Tambahan lagi, dekorasi bilik yang minimalist ini membuatkan bilik yang ditawarkan menjadi lebih luas, trendy dan menarik.

Bak kata orang, memang tak rugi lah kalau labur duit banyak kat tempat macam ni, tidur pun selesa, apa lagi yang nak dirisaukan. Betul tak?

Pemandangan dari kawasan sekitar ini juga patut dipuji oleh kerana ia membawa konsep alam semulajadi dan sangat tersusun.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh kunjungi laman sesawang mereka iaitu Mangala Resort & Spa untuk mengetahui maklumat lebih lanjut dan juga mmbuat teempahan terus di situ. Jika anda pelanggan yang bertuah anda boleh mendapatkan diskaun dan juga promosi lain yang menarik!

sumber gambar: sembangkuat.com

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here