
Berkunjung ke Tokyo sesiapa sahaja tidak akan ketinggalan untuk mengembara ke Honshu dan menatap sendiri kemegahan Gunung Fuji.
Dalam kalangan masyarakat Jepun, Gunung Fuji bukan sahaja berdiri sebagai tarikan pelancongan tempatan malah antara tiga gunung suci di negara Matahari Terbit itu.
Namun pada tahun ini misteri menyelebungi penduduk setempat apabila buat julung kalinya selepas tiga dekad permukaan Gunung Salji tidak lagi diliputi salji.

Fenomena baharu itu ternyata menimbulkan kegusaran dalam kalangan rakyat Jepun dan setempat khususnya kerana khuatir gunung itu akan meletus.
Sejak tahun 2011 terutama selepas kejadian Tsunami dan gempa bumi Tohoku pakar merekodkan pengaktifan larva dalam gunung berkenaan.
Kali terakhir gunung berkenaan meletus sekitar tahun 1707. Kini setelah 300 tahun berlalu, letupan berkenaan dikhuatiri gagal dikawal dan membahayakan orang awam.

Walaupun tiada bukti kukuh pergunungan itu bakal meletus, namun terdapat pendapat menyatakan abu daripada letusan berkenaan boleh tersebar sehingga luar dari Tokyo dan Chiba.
Lazimnya sekitar Disember ataupun memasuki musim sejuk, pergunungan Fuji pasti diliputi dengan salji yang tebal dari kaki hingga ke puncak gunung.

Orang awam yang berkongsi imej Gunung Fuji tanpa salji menyatakan keadaan di bawah gunung sangat sejuk.
Satu perkongsian awam merekodkan suhu pada kadar antara 14 hingga 16 darjah celcius sepanjang hari.
Secara teorinya, suhu di kawasan pergunungan pasti mencecah 0 darjah celcius sehingga negatif. Mustahil dalam keadaan sejuk sebegitu tiada salji yang terbentuk di pergunungan.

Tanpa kenyataan rasmi daripada pakar, masyarakat tempatan berpendapat keadaan larva yang aktif menyebabkan salji mencair di permukaan gunung.
Bagi Triphackerz setiap bencana dan kejadian alam adalah ketentuan Tuhan. Mari berdoa semoga semuanya baik di Gunung Fuji.

Sumber SoraNews 24