Home MAKAN-MAKAN Minum Kopi Gaya Hipster di Curio Coffee Roaster, Rivercity Rooftop, Kuala Lumpur!

Minum Kopi Gaya Hipster di Curio Coffee Roaster, Rivercity Rooftop, Kuala Lumpur!

3037
0

Ramai remaja masa kini banyak yang mencari kombinasi cafe yang menyediakan makanan yang sedap serta pakej dekorasi cafe yang tiptop agar dapat bergambar sewaktu berada di situ.

Bertambah lagi satu cafe ala hipster yang terletak di Kuala Lumpur iaitu cafe berkonsepkan rooftop; Curio Coffee Roaster.

Apa yang menariknya di sini, cafe yang diwarnakan dengan warna putih serta dihiasi dengan hiasan perabot yang menarik menjadikannya lebih ‘extra’.

Ramai remaja pasti akan tertarik dengan cafe ini oleh kerana dekorasinya yang sangat minimalist. Apabila masuk sahaja ke dalamnya, susah pasti diri akan terasa tenang dan cool dengan hiasan cafe ini.

Jadi, apa yang menu yang menjadi signature di sini? Sudah semestinya hidangan kopi hipster yang menjadi kegilaan ramai pelanggan yang datang ke sini.

Amat sesuai untuk mereka yang ingin bersantai dan sembang kopi’ di sini. Semuanya adalah ‘coffee based’ dan pasti akan ‘repeat’ jika anda datang ke sini.

Anda boleh cuba minuman signature mereka iaitu Skyfall dan juga fruity passion yang bakal memberi kafein kick selepas satu hirup.

Selain dari minuman, anda boleh mendapatkan dessert seperti bronies, homemade bread bake (pelbagai pilihan) serta pelbagai lagi.

Untuk maklumat lebih lanjut, anda kunjungi facebook rasmi mereka iaitu, http://www.facebook.com/curiocoffeeroaster/. Sebarang pertanyaan juga boleh diajukan di facebook mereka.

sumber: twitter Jomkitamy

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here