
Sabah , Borneo , Kota Kinabalu … masih ramai lagi rakyat Malaysia semenanjung yg belum cecah kaki di kota Kinabalu. Apatah lagi nak tengok Gunung Kinabalu.. gunung tertinggi di Asia Tenggara. .
Cantik wehhh.. pencinta Alam sekitar dan kehijauan hutan pasti akan mengambil peluang ke kundasang dan kaki gunung kinabalu.
Namun, masih ramai lagi yg belum berkesempatan menjejak kaki ke Sabah. Ramai juga yg masih tak tahu.. bahawa orang dari semenanjung kalau nak ke sabah bole juga menggunakan MYcard sahaja dan Boleh juga guna pasport antarabangsa sebagai dokumen perjalanan.
Mudah kan.. sekarang semua orang bisa terbang.
September lalu.. sy berkesempatan ke kota kinabalu (KK) menaiki penerbangan air asia dan langsung ke Kundasang untuk melihat sendiri keindahan puncak gunung kinabalu @Akinabalu
Ni lah nak story …sy kena pulak jadi leader sekumpulan rakan taulan yg sama2 nak ke KK ni.
bnyak persiapan awal kena ada kalau nak bawak group . Supaya perjalanan kita nanti akan meninggalkan memori yg paling indah .
Ada sesiapa yg plan nak ke KK utk pertama kali tak? Sebagai pelancong domestik dan bukan sebagai pendaki kinabalu..
Nanti sy share tips dan persediaaan awal ke Kundasang dan kota kinabalu bagi yg nak ke sana dalam jangka masa pendek seperti percutian 3 hari 2 malam.
Bnyak tempat sebenar nya bole cover dalam 3 hari tu.. asalkan x malas @ tidur je di katil hotel.
Trip yg lepas sy bawa 15 orang.. campur la.. lelaki dan perempuan. Hidup kena variasi kan.haha.. kalau xda bunga dan kumbang, mana best nya jalan jalan.
Perjalanan 3 hari 2 malam , Klia – Kota Kinabalu -tamparuli – kundasang – poring – pilipin market dan kk city tour – -klia sangat berbaloi.