

Bersandarkan pengiktirafan lorong paling sempit di dunia oleh Guinness World Records, sebuah pekan di Reutlingen, German sering dibanjiri pengunjung.
Lorong yang diberi nama sebagai Spreuerhofstraße mencatatkan keluasan paling sempit 31 cm sehingga 50 cm dengan kepanjangan sepanjang 3.8 meter.

Kedatangan pengunjung ke pekan ini hanya satu iaitu mencuba sendiri pengalaman membolosi lorong sempit berkenaan dan sudah tentu merakamkan momen bersama papan tanda di lorong tersebut.
Sejarah lorong itu bermula sekitar abad ke-17. Lorong berkenaan terletak antara dua buah kediaman yang diubahsuai pada tahun 1727 selepas ia musnah dalam kebakaran.

Bagaimanapun pengiktirafan bertaraf dunia itu menerima kritikan kerana ramai berpendapat Spreuerhofstraße bukanlah sebuah lorong sebaliknya hanya ruang antara dua dinding.
Sungguhpun begitu sehingga kini, rekod berkenaan belum pernah dipecahkan oleh mana-mana pencabar dari seluruh dunia.

Menjengah ke kemudahan penginapan di Reutlingen, pelbagai hotel, hostel dan apartment yang ditawarkan. Paling penting harga yang ditawarkan juga serendah RM500++ sehingga RM700++ semalam. Rasanya amat berpatutan.
Untuk berkunjung ke sini menggunakan pengangkutan udara anda perlu turun di airport Stuttgart kemudian memandu sepanjang 20km ke pekan Reutlingen.


Jika dari KLIA anda boleh menggunakan perkhidmatan Turkish Airline dengan tiket sehala antara RM2,000++ hingga RM3,000++ yang memakan masa antara 17 hingga 20 jam ke Stuttgart.
Jadi…sanggupkah????

Sumber: John Mohamed