Home MAKAN-MAKAN Lengkapi Hujung Minggu Anda Dengan Santapan Yang Lazat Di Pokok.KL

Lengkapi Hujung Minggu Anda Dengan Santapan Yang Lazat Di Pokok.KL

2116
0

Tak tahu nak pergi mana hujung minggu ini? Jom ajak rakan-rakan anda datang lepak di “Pokok“. Ada apa di sini?

Pokok merupakan nama cafe yang sangat unik dan menarik. Sebelum itu, Pokok terletak di MAHSA Avenue. Ia beroperasi bermula dari jam 10 pagi hingga 8 malam.

Yang lagi menarik, ia dibuka setiap hari!

Tengok dari gambar saja pun, sudah nampak yang cafe ini salah satu tempat lepak “hipster” yang sangat menarik.

Satu lagi, cafe ini sangatlah ‘insta-worthy’ dan setiap sudut di sini boleh dimuatkan di dalam media sosial anda.

Rata-rata semua pelanggan yang datang ke sini, bakal pulang dengan selfie dan posing yang menarik di sekitar cafe ini.

Hidangan barat yang sangat menyelerakan seperti gambar di atas ini anda boleh dapatkan dengan hanya datang ke sini! Dengan harga yang sangat berpatutan ditambah pula hidangan yang lazat, sudah pasti anda bakal teringat setibanya anda di rumah.

Cafe ini sangat sesuai untuk anda menikmati ‘brunch’ dan aktiviti minum petang. Sambil makan di sini anda boleh meluangkan masa untuk mengambil gambar di kawasan dalaman yang sangat minimalist.

Dikelilingi pokok membuatkan cafe ini kelihatan seperti membawa vibe urban greenhouse.

Untuk penggemar salmon, anda boleh cuba smoke salmon benedict dan confirm anda akan terngiang-ngiang setelah menikmatinya.

Terliur tak tengok gambar makanan di atas? Ingin melihat gambar-gambar yang bakal membuatkan anda lapar, boleh visit di instagram mereka iaitu Pokok.KL.

Di sini juga mereka turut update perkembangan terkini cafe dan memperkenalkan hidangan baru mereka.

Jangan lupa singgah ke cafe Pokok ini dan nikmati hidangan yang sangat menyelerakan.

sumber gambar: Facebook Pokok.KL

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here