Home MALAYSIA Landskap New Zealand versi Pasir Puteh, Kelantan

Landskap New Zealand versi Pasir Puteh, Kelantan

2864

Kali pertama Triphackerz.com terjumpa posting ini di laman sosial Facebook hampir sahaja penulis berpendapat lokasi ini di Kundasang, Sabah.

Sungguh pun begitu Triphackerz.com kurang yakin lokasi ini di Sabah kerana kami pernah beberapa kali berkunjung ke ladang persis New Zealand itu.

Ternyata telahan kami tepat selepas melakukan risikan dan sedikit pencarian, lokasi ini terletak di Pasir Puteh Kelantan.

Berpusat di Jeram Mengaji Agro Resort, lokasi ini merupakan tarikan baharu berkonsepkan agro pelancongan yang terdapat di resort berkenaan.

Mungkin kedudukan resort yang berada di kawasan tanah tinggi dan di kelilingi bukit-bukau menjadi faktor ambience di sini persis di Kundasang, Sabah.

Masakan tidak, dengan keadaan berkabus, ladang hijau yang terbentang luas dan lembu yang dibiarkan bebas, suasana ini sama seperti di Kundasang.

Produk hiliran tenusu di sini juga terdiri daripada dadih, susu segar pelbagai perisa dan produk susu masam (yogurt). Apa yang penting kesemua produk di sini halal dan dihasilkan segar dari ladang.

Terdapat tip untuk berkunjung ke sini terutama buat pengunjung yang ingin mendapatkan suasana persis berada di New Zealand atau Kundasang, Sabah.

Difahamkan suasana sejuk dan kabus menebal itu hanya dapat dirasai ketika pagi hari. Waktu paling terbaik berkunjung ke sini antara pukul 8 pagi hingga 10.30 pagi.

Triphackerz.com yakin para pencinta industri pelancongan tempatan pasti mahu bergambar di sini.

Silakan bergambar sepuasnya kerana lokasi ini menawarkan panorama yang sangat awesome!!

Sumber Arehshah Azmi dan Visit Kelantan