
Pelbagai sektor pelancongan pasti terjejas sejak pelaksanaan PKP yang telah dilaksanakan oleh kerajaan demi membendung penularan pandemik Covid19.
Syukur setelah sebulan lebih melalui fasa PKP nampaknya keputusan kerajaan menamatkan perintah itu beberapa negeri memberi nafas lega.

Terbaharu, Kulim Bird Park yang terletak di Kulim, Kedah telah kembali membuka pintu seluasnya untuk menerima pengunjung yang dahagakan percutian ringkas.
Berkonsepkan petting zoo lokasi ini sebuah taman haiwan yang menempatkan pelbagai haiwan ternakan yang jinak untuk anda dekati.

Sudah tentu haiwan-haiwan di sini boleh dibelai dan tidak membahayakan kepada pengunjung.
Harga yang ditawarkan pula angat berpatutan. Dengan membayar pada kadar harga yang berpatutan anda boleh mendapat keistimewaan akses ke seluruh kawasan taman haiwan ini.

Waktu operasi di taman haiwan ini adalah pada pukul 10 pagi hingga 6 petang manakala hari Isnin taman haiwan ini tidak beroperasi.
Mudah sahaja bagi mereka yang ingin mencari Kulim Bird Park. Lokasinya tertelat di belakang Pejabat Pos Kulim.

Jadi apa tunggu lagi.. Jom support local product dan menaikkan ekonomi setempat.
Paling penting jika anda bercuti ketika musim pandemik ini sila jaga SOP sebaiknya. Jangan leka..

Sumber: Kedah Tourism