Home MALAYSIA Ketenangan di Syurga Herba Teluk Bahang, Pulau Pinang

Ketenangan di Syurga Herba Teluk Bahang, Pulau Pinang

2894
0

Bagaimanakah perasaannya di kelilingi lebih 500 tumbuhan herba yang menghijau? Pasti satu perkataan terzahir dari bibir anda iaitu ketenangan.

Terletak di Teluk Bahang, Pulau Pinang berhampiran dengan pinggiran pantai, terdapat sebuah lokasi yang menempatkan pelbagai tumbuhan herba.

Lokasi yang diberi nama sebagai Tropical Spice Garden itu menghimpunkan lebih 500 tumbuhan pelbagai herba tempatan untuk dilihat secara dekat oleh para pengunjung.

Secara amnya pusat tarikan pelancongan baharu di negeri Pulau Mutiara tersebut terbahagi kepada beberapa bahagian.

Bahagian tersebut terdiri daripada tumbuhan herba beracun, kawasan penanaman herba dan ruang aktiviti bersama keluarga.

Bagi memastikan setiap pelusuk kawasan tumbuhan herba dapat diterokai dan diamati secara dekat, Tropical Spice Garden menyediakan laluan yang bersesuaian.

Selain itu, lokasi ini juga merupakan pilihan utama para peminat aktiviti yoga. Pasti fikiran tenang menghirup udara segar sambil melakukan gerakan yoga.

Setelah penat seharian berkeksplorasi di syruga herba, anda boleh rehat sebentar di ruang kafe yang terdapat di sini.

Kafe yang digelar sebagai Coffee&Harps ini terletak berdekatan di pintu utama Tropical Spice Garden.

Lupa pula, anak-anak kecil juga boleh merasai pengalaman menanam herba dan menghias pokok herba mengikut kreativiti mereka.

Tropical Spice Garden dibuka pada hari Jumaat hingga Ahad (10pagi hingga 4 petang).

Sumber Facebook Tropical Spice Garden

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here