Home MALAYSIA Kebun Kebun Bangsar, Mini Syurga Hijau di Tengah Kota

Kebun Kebun Bangsar, Mini Syurga Hijau di Tengah Kota

3892
0

Di kelilingi antara hutan batu-bata yang meninggi dan kesesakkan jalan raya yang membingitkan, wujud syurga kecil di tengah-tengah hiruk-pikuk Bangsar.

Selayaknya mendapat gelarana mini syurga hijau, Kebun Kebun Bangsar yang terletak kira-kira dua minit pemanduan dari Bangsar Village menempatkan tarikan baharu di kota raya.

Kebun seluas 8 ekar diuruskan secara bersama-sama oleh komuniti di Bangsar itu menempatklan pelbagai jenis tanaman tempatan dari herba, bunga-bungaan hingga buah-buahan.

Namun tarikan utama di Kebun Kebun Bangsar atau dikenali sebagai KKB dalam kalangan komuniti setempat ialah kewujudan pelbagai jenis haiwan ternakan yang jinak.

Bagi ibu bapa yang ingin konsep hujung minggu yang berbeza seakan-akan kehidupan desa tanpa perlu mengembara, KKB ialah lokasi yang terbaik.

KKB diilham oleh masyarakat setempat yang kemudiannya dijaga oleh mereka secara bergotong-royong pada setiap hujung minggu.

Daripada tanaman, pembersihan kawasan dan penjagaan haiwan kesemuanya diuruskan atas konsep muafakat dan ukhuwah dalam kalangan komuniti Bangsar.

Keadaan landskap kebun yang berbukit bukau menimbulkan perasaan asing seketika. Sementelah bangunan pencakar langit seperti KL Tower dan Menara Petronas gah kelihatan, siapa sangka wujud syurga kecil antara kegagahan kota metropolitan ini.

Walaupun kawasan yang diusahakan tidak luas, bagaimanapun ia cukup memberikan anda pengalaman berada persis di kawasan kampung.

Dengan hanya membayar sejumlah wang sebanyak RM2 anda sudah boleh menikmat udara segar dan pemandangan di sini.

Sudah tentu dengan bayaran yang sama pengunjung boleh mendekati haiwan ternakan di sini dan memberikan mereka makanan serta minuman.

Sumber Facebook Kebun Kebun Bangsar dan Instagram kebunkebunbangsar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here