
Jarang kita temui restoran atau kafe di tengah bandaraya Kuala Lumpur yang dikelilingi dengan ‘nature’ dan disebabkan ‘nature’ membuatkan kafe atau restoran tersebut menjadi unik.

Kafe yang dimaksudkan itu adalah The Curiosity Iron River. Kafe ini terletak di Jalan Sungai Besi, Kuala Lumpur.
Waktu beroperasinya pula adalah seperti berikut 5 petang – 11 malam (Isnin), 10 pagi – 11 malam (Selasa & Rabu), 10 pagi – 10 malam (Khamis), 10 pagi – 12 tengah malam (Jumaat hingga Ahad).

Dekorasi yang sangat cool, dengan banyak unsur alam semulajadi dan nampak seperti barangan oldskool dan ‘pre-loved’ digunakan untuk mencairkan lagi pemandangan para tetamu yang datang ke sini.
Walaupun dalam gambar seperti agak banyak benda yang berada di sekeliling, tetapi apabila tibanya di sana anda akan berada tempat ini agak selesa.

Tempat yang menghidangkan keutamaan untuk makan tengahari dan malam ini, menyajikan anda hidangan yang sangat lazat. Sebagai signature dish mereka, anda boleh memesan Pizza Sambal Petai yang menjadi keunikan tempat ini bahkan ramai pelanggan yang menggemarinya.
Walaupun mesti ramai yang akan berkata bahawa petai merupakan punca untuk mereka tidak memesan makanan ini, tetapi mungkin anda boleh merasainya untuk pertama kali dalam hidup anda dan siapa tahu mungkin anda pula yang akan menggemarinya.
Selain dari hidangan yang lazat, terdapat juga spot yang memberikan ‘natural light’ untuk para ‘instagrammer’ yang ingin berkongsikan gambar mereka di media sosial mereka.

Anda pasti bakal menyukai spot untuk bergambar di sini oleh kerana ianya sangat unik dan cantik.
Jangan lupa untuk datang ke sini bersama rakan anda dan satu lagi, jangan lupa juga untuk kongsikan juga pengalaman anda setelah pulang dari The Curiosity Iron River ini!
sumber gambar: KL Foodie