Home MALAYSIA Jurassic Park Tawan Zoo Melaka

Jurassic Park Tawan Zoo Melaka

1251

Bandar raya Melaka berada dalam bahaya setelah pakar mengenal pasti lebih 100 ekor dinasour telah diseludup dan disembunyikan di negeri bersejarah itu.

Hasil siasatan terperinci mendapati kesemua dinasour berkenaan dikumpulkan di sebuah lokasi iaitu di Zoo Melaka.

Mujur kesemua dinasour ini bukan untuk menghapuskan umat manusia sebaliknya, bakal menjadi artifak pameran di sini.

Diberi nama sebagai Dino Park ia merupakan tarikan terbaharu untuk merancakkan lagi sektor pelancongan di Melaka.

Memilih lokasi di Zoo Melaka, landskap Dino Park dibina persis habitat dinasor ketika kewujudan mereka jutaan tahun dahulu.

Sebagai gambaran awal, hasil kerjasama antara dua syarikat swasta WeGrow Global Sdn. Bhd. dan Concepts Consultancy Sdn. Bhd. berusaha mengilhamkan konsep 99 peratus persis Jurassic Park.

Belum memulakan operasi, Dino Park sudah mendapat jolokan sebagai taman dinasour terbesar di Asia Tenggara.

Menggunakan ruang sekitar lima ekar dalam kawasan Zoo Melaka, kesemua artifak dinasour dibina mengikut saiz yang sebenar.

Menurut laman rasmi Facebook Dinasour Encounter mereka merancang untuk memulakan operasi sekitar awal Disember tahun ini.

Walau bagaimanapun seperti sedia maklum akibat kekangan penularan pandemik Covid19 dan Perintah Kawalan Pergerakan, operasi Dino Park masih belum diumumkan secara rasmi.

Sungguh pun begitu menurut laman Facebook berkenaan, pihak renjer di Dino Park tidak sabar menanti kedatangan pengunjung untuk mengembara dalam habitat dinasour.

Tambah kenyataan dalam laman Facebook berkenaan, segala persiapan telah berjalan dengan lancar dan tidak sabar membuka pintu Jurassic Park versi Melaka kepada orang awam.

Sumber placesmy.com dan Dinasour Encounter