Home MALAYSIA HOTEL & RESORT Jom Menginap di Bilik Atas Pokok Sambil Mengadap Laut di Malibest Langkawi!

Jom Menginap di Bilik Atas Pokok Sambil Mengadap Laut di Malibest Langkawi!

4345
0
sumber: malibestresort.com

Ingin bercuti di Pulau Langkawi dan mencari suatu kelainan dalam percutian anda? Jangan risau anda boleh datang ke Malibest Resort, yang terletak di Cenang, Langkawi.

Malibest Resort ini bakal menyajikan anda pemandangan laut yang sangat dekat oleh kerana ia terletak betul betul bersebelahan dengan pantai.

Orang cakap bangun pagi boleh nampak terus matahari naik. Ditambah pula apabila tiba waktu senja, dapat lihat matahari jatuh.

Bilik di atas pokok ini ditawarkan dengan yang istimewa. Teringat zaman kecil dahulu teringin nak buat rumah atas pokok. Sekarang Malibest menawarkan untuk anda impian masa kecil anda.

sumber: facebook Jalan-Jalan Makan Angin

Tree house ini dilengkapi dengan penghawa dingin dan jugak tilam yang empuk. Apabila bangun pagi, dapat dengar bunyi kicipan bunyi burung yang menghinggap di dahan pohon tersebut.

Selain dari bilik ini, terdapat juga pelbagai pilihan bilik yang lain. Anda boleh pilih sama ada rumah ataupun bilik hotel yang biasa. Semuanya berbeza mengikut harga yang ditawarkan.

sumber: facebook Jalan-Jalan Makan Angin

Apa yang lagi best di sini adalah, mereka menyediakan swimming pool yang dilengkapi dengan papan gelongsor. Swimming pool ini juga agak besar dan boleh memuatkan lebih dari 10 orang.

Selain itu, Malibest Resort ini juga sangat berdekatan dengan kedai jualan yang ada di sepanjang pantai Cenang ini.

Jika anda ingin maklumat yang lebih lanjut, anda boleh terus pergi ke laman rasmi resort ini iaitu www.malibestresort.com Siapa yang cepat mana tahu akan dapat harga yang lebih murah daripada yang biasa.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here